Kembar 3 berusia 24 tahun ditawarkan mengerjakan haji hasil simpanan duit raya


Ibadah haji merupakan rukun Islam ke-5 dimana setiap yang bergama Islam mengimpikan peluang ke Makkah bagi menunaikan ibadah ini. Bukan semua orang berpeluang mengerjakan haji kerana kuota jemaah haji setiap tahun adalah terhad sepertimana ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi iaitu sebanyak 30,200 jemaah Malaysia bagi tahun 2018.

Namun bagi tiga beradik kembar iaitu Muhamad Zaini Fikri Mohd Yusop bersama dua adiknya, Muhamad Zarif Fikri dan Muhamad Zazali Fikri yang berasal dari Batu Pahat, Johor, peluang mengerjakan haji di usia muda adalah sesuatu yang sangat berharga. Mereka telah menerima tawaran mengerjakan haji 3 tahun lalu ketika berusia 24 tahun namun terpaksa menolak ketika itu kerana masing-masing masih menuntut di universiti.

Kredit gambar : Harian Metro by Tuan Asri Tuan Hussien

“Kami mohon pada TH supaya dibenarkan membuat penangguhan selama tiga tahun dan ibu bapa kami juga setuju dengan keputusan kami. “Alhamdulillah, selepas tamat pengajian dan setahun bekerja, kini kami tiga beradik dapat menjadi tetamu Allah, sebagaimana yang dirancang,”

Mereka turut berkongsi tips yang diamalkan oleh orang tua mereka dimana telah membuat tabungan Tabung Haji semenjak kecik. “Terima kasih kepada ibu bapa kami yang menyimpan duit kami dalam TH sejak kami kecil. Tak silap saya sejak umur kami 12 tahun, duit raya dan duit hadiah kecemerlangan kami dalam pelajaran, emak dan ayah akan simpan dalam akaun TH.”

Ini merupakan amalan yang patut dicontohi oleh setiap ibu bapa dimana bukan hanya membuat tabungan pendidikan anak-anak malah tidak melupakan juga simpanan di dalam  Tabung Haji serta pendaftaran haji. Tabung haji tidak menetapkan syarat usia pendaftaran, hanya perlu mendepositkan wang simpanan di dalam akaun Tabung Haji berjumlah RM1,300 minimum.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini