Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Telah Keluarkan Pekeliling Pemakaian Kasut Hitam


Sebelum ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pernah mengeluarkan kenyataan bahawa semua pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan selepas mengambil kira keluhan ibu bapa mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Namun cadangan tersebut kemudiannya dikaji secara mendalam dan hari ini (30 November 2018), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling berkaitan pematuhan pemakaian kasut hitam.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 menyatakan pelaksanaan pemakaian kasut dan stokin hitam akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sebelum diperluas penggunaannya pada 2020.

“Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut berwarna putih,” kata KPM.

 

Menurut kementerian itu lagi dalam tempoh tersebut juga pihak sekolah diminta tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid memakai kasut berwarna hitam.

Ohsempoi berpandangan bahawa keputusan ini adalah tepat dimana ibu bapa masih diberi ruang agar tidak terbeban jika pelaksanaannya dilakukan secara drastik.


1 komen

  1. Pendekatan ni sangat bagus. Ada waktu ala2 grace period nak memudahkan penukaran. Takdalah ibu bapa (lagi2 yang tak berapa berkemampuan) nak belanja tambahan untuk perubahan baru ni.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini