Sejak beberapa lepas, kecoh seketika dunia perbankan internet apabila dilaporkan ada pelanggan CIMB Clicks menjadi mangsa transaksi tanpa izin. Mereka juga mendakwa berjaya log masuk ke akaun, biarpun menggunakan kata laluan yang tidak disahkan.
Buat sementara waktu dan sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda seorang pelanggan CIMB Clicks, anda dinasihatkan supaya memeriksa sama ada anda mempunyai transaksi yang mencurigakan.
Jika anda menerima pemberitahuan SMS untuk urus niaga yang anda tidak buat, hubungi bank anda dengan segera supaya mereka boleh menyekat kad atau akaun anda daripada penyalahgunaan lanjut.
Dan, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak CIMB pagi ini pasti melegakan hati pengguna CIMB clicks.
CIMB Bank Berhad memberi jaminan bahawa portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, masih selamat dan semua urus niaga pelanggan dilindungi.
Selain daripada memastikan sistem kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan aksara kepada 20 aksara, pihak CIMB juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha pada sistem CIMBClicks.
Sekiranya risiko kehilangan wang simpanan di dalam akaun ini ada, diharap pihak keselamatan CIMB dapat mengambil langkah yang aggresif untuk menyekat segala transaksi yang tidak sah.