•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sangat mendebarkan…! Namun Malaysia melangkah dengan bergaya ke pusingan seterusnya iaitu pusingan kalah mati setelah mengalahkan pasukan feveret dan juga juara bertahan, Korea Selatan. Malaysia sebelum ini telah menunjukkan aksi cemerlang apabila menewaskan Kyrgyzstan 3-1

Turun sebagai pasukan underdog, Malaysia bijak memanfaatkan peluang pertama yang hadir dalam minit ke 5 ekoran daripada kekeliruan antara pemain pertahanan dan perjaga gol Korea Selatan. Saat itu Safawi Rasid bijak menyelitkan diri dan menolak bola ke gawang gol pihak lawan.

foto kredit: semuanyabola

Tersentak dengan itu, pasukan Korea Selatan terus meningatkan serangan untuk mencari gol penyamaan. Harimau Malaya terpaksa menampilkan corak permainan bertahan apabila Korea Selatan menguasai 70 peratus permainan di separuh masa pertama.

Beberapa percubaan bahaya berjaya dilepaskan Korea Selatan namun penjaga gol Harimau Malaya Haziq Nazli tenang mengawal gawangnya.

Manakala gerakan Harimau Malaya banyak terhad sehingga kawasan tengah sahaja apabila sering dipatahkan oleh Korea Selatan. Namun di masa kecederaan separuh masa pertama, Safawi Rasid sekali lagi mencuri peluang yang jarang-jarang Malaysia perolehi apabila berjaya merembat dari jarak jauh sekaligus menewaskan penjaga gol Korea Selatan, Song Bumkeun sekali lagi. Dan keputusan 2-0 kekal di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua diteruskan dengan Korea Selatan dilihat lebih gigih menggandakan serangan demi serangan. Gol harus mereka cari untuk mengembalikan semula rentak dan semangat pasukan.

Baca juga  Nama Paling Panjang Di Malaysia. Ini Panduan Terbaik Beri Nama Anak.

Kemasukan bintang Tottenham Hotspur dan Piala dunia 2018 di Russia bebaru ni, Son Hyeung Min menggamatkan Stadium Si Jalak Harupat. Ini menambahkan lagi kerancakan serangan Korea.

Harimau malaya pula di separuh masa kedua ini masih lagi menggunakan teknik “parking bas depan gol”. Cara permainan bertahan ini dilihat oleh Ong Kim Swee sebagai cara terbaik untuk mempertahankan kedudukan gol sehingga tamat perlawanan, disamping melakukan counter attack apabila keadaan sesuai. Cuma kali ini mereka tampak lebih takin menyimpan bola. Sesekali membuat counter attack ke kawasan lawan.

Korea Selatan makin terdesak. Aksi mereka yg gah menewaskan Bahrain 6-0 sebelum ini seperti tidak memberi apa-apa kesan psikologi kepada pasukan Malaysia.

foto kredit: Astro Awani

Gol yang mereka tunggu-tunggu hadir jua Pada minit ke-88. Haziq tertewas buat pertama kali. Hwang Ui Jo berjaya menjadi tumpuan apabila merapatkan jurang menyudahkan hantaran cantik Lee Jinhyun.

Susana semakin mendebarkan bilamana malaysia terpaksa bertahan daripada asakan yang bertali arus. Pemain pula semakin keletihan dan ada yang mengalami kecederaan. 2 pertukaran telah dibuat oleh pasukan Malaysia. Syukur pemain-pemain Malaysia begitu berdisiplin menjaga posisi masing-masing dan tiada kesilapan remeh yang dibuat.

Akhirnya kem malaysia menarik nafas lega apabila wisel penamat ditiup. Malaysia berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1. Syabas Harimau Malaysia.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini