Jarang berlaku pasangan muda naif tentang hubungan kelamin. Tapi inilah yang berlaku kepada pasangan muda berusia 24 dan 26 tahun dari Beijing yang telah berusaha untuk mendapatkan anak selama 4 tahun tetapi gagal.

Pasangan suami isteri ini kemudiannya mendapatkan khidmat nasihat doktor bagi mengenalpasti masalah yang mungkin mereka hadapi. Hasil pemeriksaan mendapati pasangan ini sihat dan mampu mempunyai anak tapi selepas soal jawab bersama doktor mendapati bahawa mereka selama ini melakukan kesilapan semasa hubungan intim.

Pasangan ini dikatakan kerap melakukan hubungan kelamin dalam usaha mendapatkan anak namun isterinya mendedahkan bahawa dia sering mengalami kesakitannya yang ‘luar biasa’ setiap kali mengadakan hubungan, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Tetapi selepas pemeriksaan dilakukan, si isteri didapati masih lagi dara. Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan percaya telah mengenal pasti punca kepada masalahnya.

Pasangan itu dikatakan melakukan kesilapan dengan melakukan hubungan anal selama empat tahun, mengakibatkan kegagalan untuk hamil.

Baca juga  Anak Suka Conteng Dinding. Apa Ibu Bapa Perlu Lakukan?

Dr Hongmei dilaporkan menyerahkan buku panduan hubungan intim sebelum pasangan suami isteri tersebut dibenar pulang ke rumah.

Nasihat itu nyata berfungsi, apabila wanita itu dikhabarkan hamil beberapa bulan kemudian.

Mereka kemudiannya memaklumkan kepada doktor tersebut yang kini telah bersara bahawa mereka akhirnya berjaya hamil dan menghantar 100 biji telur ayam serta seekor ayam hidup sebagai hadiah kepada hospital berkenaan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini