Kereta Terbang! Malaysia Sedang Cuba Merealisasikannya.


Jika dulu kita sering membayangkan Wawasan 2020, kereta bukan lagi di atas jalan tapi terbang di udara. Tinggal setahun sahaja lagi menjelang tahun 2020 dan akhirnya prototaip kereta terbang telah ada.

Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, beliau sendiri akan mencuba kereta terbang ini dan demonstrasi dijangka tahun ini juga.

Sekadar gambar hiasan.

Kereta terbang yang boleh memuatkan 2 orang ini boleh diterbangkan sendiri dan Prototaip kereta terbang itu sudah ada dan kos untuk menghasilkan kereta terbang ini dianggarkan AS$300,000 (RM1.23 juta)

“Dalam lanjutan perbincangan dengan Jepun, mereka akan melancarkan kereta terbang pada 2025 dan tidak salah jika kita mencuba inisatif yang sama kerana ia mampu memberangsangkan sektor kejuruteraan negara.” Katanya selepas merasmikan Seminar Muamalat dan pelancaran Pelan Strategi Koperasi Muslimin Malaysia Berhad di Petaling Jaya.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini