Semalam tular di whatsapp tentang kes bunuh diri di atas kapal yang berlabuh Pengkalan Bekalan Kemaman (Kemaman Supply Base – KSB).
Gambar yang tersebar menunjukkan kelibat manusia berpakaian seragam berwarna oren dalam keadaan tergantung di sisi kapal. Cuma berita tersebut masih belum dipastikan kesahihannya.
Hari ini berita tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim. Beliau juga memaklumkan iada sebarang unsur jenayah di sebalik kejadian tersebut.
Mangsa adalah seorang KRU kapal lelaki, berumur 38 tahun dan berasal daripada negeri Sarawak. Menurut rakan mangsa beliau adalah seorang muallaf dan bari 3 hari onboard di kapal tersebut (SK Mainstay).

Sebelum kejadian mangsa dan kru yang lain sempat makan tengah hari bersama selepas selesai mesyuarat itu sebelum mereka keluar ke dek kapal.
Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.
Punca beliau bertindak sedemikian adalah dipercayai daripada kemurungan yang sedang dihidapinya.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku, mangsa dikatakan melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari atas kapal berkenaan.
Jerutan yang kuat menyebabkan leher mangsa dikatakan hampir putus, malah usaha menaikkan mayat mengalami kesukaran berikutan keadaan laut bergelora.
Mayat mangsa berjaya dinaikkan kira-kira 6 petang sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.