• 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Satu tamparan hebat buat syarikat penawaran penyiaran berbayar terulung Malaysia, Astro, apabila melalui laporan kewangan suku tahun kedua yang dikeluarkan baru-baru ini melaporkan mereka telah mengalami penyusutan keuntungan yang tinggi sehingga mencecah 94%.

Difahamkan bahawa kadar keuntungan Astro mulai jatuh secara mendadak apabila kempen Piala Dunia 2018 tamat. Turut dikaitkan tentang penurunan kadar untung Astro ini juga adalah tukaran matawang Ringgit yang agak lemah kebelakangan ini disebabkan pertukaran kerajaan selepas PRU14.

Untuk perbandingan, jumlah keuntungan bersih yang dapat dikumpulkan oleh pihak Astro pada Mei-Julai tahun 2017 berjaya dicatatkan sebanyak RM246.3 juta, manakala jumlah keuntungan bersih untuk Mei-Julai tahun 2018 hanya berjaya mencatatkan angka RM16.58 juta sahaja.

Walaubagaimanapun, jumlah pendapatan Astro masih dilaporkan stabil dengan nilai RM1.42 billion, dengan pendapatan purata bagi setiap pengguna yang menggunakan perkhidmatan TV berbayar pada nilai RM99.90.

Dalam satu kenyataan lain yang dibuat oleh pihak Astro, mereka kini mengesahkan bahawa telah berjaya mendapatkan hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris untuk tiga musim berturut-turut yang akan disiarkan sehingga tahun 2021/22.

Baca juga  Tiada Pengasingan Kelas Bermula 2019. Bagus atau Tidak?

Pada saat artikel ini disiarkan, harga saham Astro mengalami penurunan harga sekitar RM1.55 seunit.

Nota kaki: Nampaknya dengan keuntungan yang makin berkurang, dan hanya bergantung harap pada penyiaran bola sepak, semestinya Astro akan menghadapi laluan yang agak sukar untuk tahun-tahun yang akan mendatang. Terutamanya apabila makin ramai yang mula memboikot perkhidmatan mereka dan berpindah kepada media berbayar atau percuma yang lain.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini