Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf, bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

Insya-Allah Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan bagaimana menguruskan jenazah lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina. Siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya? Bagi menguruskan jenazah lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah iaitu ibu dan 2 orang abangnya. 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat jenazah kesemuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk dikafankan terlebih dahulu supaya memudahkan proses seterusnya.

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi. Saya tutup menggunakan kain kafan dan buka pakaiannya. Alhamdulillah.. Putih kulitnya namun perlahan lahan keseluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam. Sikit demi sedikit ibu dan abang arwah mula perasan perubahan tersebut. Ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah bertahun mengenai jantina anaknya itu. Mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis). Ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak sehingga saya behenti kerana merasakan sudah terlalu lama saya istinjak tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa. Saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat.

Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan ke atas arwah agar dapat saya uruskan sesempurna mungkin. Perlahan-lahan saya memasukkan kapas ke dalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

Baca juga  Waktu Mustajab Doa Pada Hari Jumaat, Sangat Rugi Siapa Yang Abaikan...!

Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya. Selesai saya mandikan dan wudukkan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan merupakan air yang dicampurkan air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok untuk tujuan mewangikan jenazah.

Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan dan sekali lagi Allah tunjuk kekuasaan-Nya. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah. saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah diangkat ke dalam van jenazah, sahabat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu. Tak tahulah apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan Allah membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan Allah mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syara’ berdasarkan Al-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman ALLAH yang bermaksud :

”Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk“. (Surah At-Tin ayat 4)

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawasanya :

”Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki“. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata :

”Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki“. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Wahai saudara-saudara seIslamku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji Allah itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji Allah. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepada-Nya.

Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang ustaz di akaun facebook beliau. Nama ustaz dan jenazah dirahsiakan bagi menjaga aib keluarga jenazah. Semoga kisah ini memberi iktibar dan keinsafan kepada kita semua.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini