Koleksi Tin Coke Sempena Piala Dunia 2018. Dah Berapa Negara Berjaya Anda Kumpul?


Demam Piala Dunia 2018 di Russia semakin memuncak. Kini kejohanan telah pun memasuki peringkat separuh akhir. Hanya 4 pasukan sahaja lagi yang tinggal di pusingan ini sebelum 2 pasukan yang berjaya menumpaskan lawan masing-masing akan ke perlawanan akhir.

Bagaimana dengan pasukan pilihan anda? Tepatkah ramalan anda setakat ini?

Di Kejohanan Piala Dunia edisi kali ini, banyak pasukan pilihan yang telah terkeluar awal. Germany selaku juara bertahan bungkus awal. Ia diiringi oleh 2 lagi pasukan pilihan iaitu Argentina dan Brazil yang hanya sempat bertahan hingga peringkat suku akhir sahaja.

Kejohanan Piala Dunia kali juga menyaksikan kebangkitan pasukan daripada benua Asia iaitu Jepun. Jepun berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Pencapaian yang cukup membanggakan Jepun dan orang Asia. Ini membuktikan yang pasukan Asia juga mampu bersaing dengan pasukan daripada benua lain yang lebih gah.

Oh ya.. Sempena Kejohanan Piala Dunia 2018 di Russia ini, Coca-Cola, Syarikat minuman ringan yang digemari di seluruh dunia yang juga merupakan rakan kongsi korporat paling lama FIFA dan salah satu penaja utama kejohanan sejak tahun 1950 telah tampil untuk bersama-sama memeriahkan Piala Dunia 2018.

Kali ini Coca-cola tampil dengan koleksi tin minuman ringan Coke yang tertera nama, logo dan bendera dengan rekabentuk yang menarik pasukan-pasukan pilihan. Ada 8 negara yang terpilih kesemuanya untuk peminat Coca Cola dan bolasepak kumpulkan sebagai koleksi iaitu Rusia, Brazil, Argentina, Sepanyol. France, Germany, Portugal dan Jepun.

Minuman ini boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit berhampiran anda. Cuma untuk mendapat kesemua koleksi 8 negara tersebut anda perlu berulang alik ke kedai atau pasaraya kerana mereka tidak menjual kesemua tin 8 negara secara sekaligus.

Jka anda inginkan koleksi kesemua 8 negara tersebut, anda boleh membuat pembeian secara di talian. Antara kedai secara talian yang anda boleh lawati untuk tujuan pembelian set penuh negara pilihan tersebut adalah Lazada, 11th Street, Qoo10, Shopee dan Big box Asia.

Selain mengeluarkan koleksi di atas, Coca Cola juga ada menjelajah ke 87 buah lokasi di Malaysia dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, tayangan serta aktiviti lain sepanjang penjelajahan tersebut. Kumpulan tersebut akan melawat ke beberapa outlet peruncit, restoran McDonald’s, pawagam GSC serta kedai-kedai mamak yang sering menjadi tumpuan utama menonton perlawanan bola.

Di peringkat global pula, Coca-Cola ada menyiarkan satu set iklan televisyen yang akan ditayangkan sekitar lebih 200 buah negara dan bekerjasama dengan penyanyi Jason Derulo yang melahirkan lagu tema Colors – The Coca-Cola For the 2018 FIFA World Cup™ yang memuatkan elemen perpaduan yang dibawakan oleh bola sepak kepada para peminat dan pemainnya. Orang ramai boleh menontonnya di http://www.jasonderulo.com/news/jason-derulo-releases-official-music-video-colors-coca-cola-anthem-2018-world-cup-83926

Jadi dah berapa banyak tin Coke yang anda berjaya kumpulkan? Negara mana? Tin edisi terhad ini bagi peminat dan pengumpul barangan Coke adalahs sesuatu yang amat berharga bagi mereka. Cubalah iklankan koleksi anda nanti. Manalah tau ada peminat tegar Coke akan menghubungi anda minta dijualkan kepada mereka.


1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini