Kucing Sebagai Hantaran Pertunangan


Pelik dan unik tapi ia betul-betul berlaku apabila seekor anak kucing dijadikan sebagai salah satu barang hantaran ketika majlis pertunangan yang berlangsung di Taman Indra Sempurna, Kuantan pada 25 Disember lalu.

Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan sebelum ini memiliki kucing yang dinamakan Oyen namun mati pada Oktober lalu.

“Saya seorang yang sukakan kucing, apabila Oyen mati, saya menangis membuatkan tunang simpati dan berjanji untuk memberikan kucing baru. Saya ternanti-nanti juga tunang memberikan kucing seperti dijanjikan, tetapi tidak sangka ia dijadikan satu daripada tujuh barang hantaran itu “

Kucing dari baka Parsi dan British Short Hair itu dibeli oleh tunangnya dengan harga RM350 daripada pembiak kucing di Kuantan dan sudah diberi suntikan vaksin supaya tidak mengalami nasib sama seperti Oyen yang mati akibat dijangkiti penyakit.

Yang menarik perhatian tetamu pada majlis pertunangan tersebut adalah apabila melihat kucing tersebut memberikan kerjasama yang cukup baik dengan bersantai di dalam dulang hantaran dari mula sehingga majlis pertuangan selesai.

Bagi saya, hadiah hantaran itu paling bermakna kerana ia membuktikan sikap keprihatinan tunang yang bakal menjadi suami nanti,” katanya.

Menurutnya, majlis pertunangannya itu memang agak berbeza dengan kebiasaan, namun tidak mendapat kecaman atau kritikan di kalangan keluarga atau masyarakat dan paling penting majlis berjalan lancar dalam penuh kegembiraan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini