Pasti anda pernah merasai tercekik tulang bukan? Jika orang dewasa, mungkin anda masih boleh bertenang dan cuba ikhtiarkan sesuatu. Tapi bagaimana sekiranya si kecil yang tercekik tulang.
Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh panik kerana ia akan menyebabkan anak anda lebih panik. Berikut adalah tips yang boleh dilakukan apabila anak tercekik tulang.
- Tenangkan si kecil supaya tidak menangis. Jika dia menangis, susah untuk anda membantunya.
- Kenal pasti tulang apa yang dimakannya.
- Lihat ke dalam mulutnya andai kedudukan tulang tersebut boleh dilihat.
- Jika anda yakin tulang yang tersangkut adalah kecil, gunakan jari yang bersih atau penyepit untuk menolak lidahnya sehingga membuat anak anda muntah. Muntah mungkin boleh membantu membawa keluar tulang kecil tersebut.
- Jika tulang besar, dapatkan segera rawatan dari klinik atau hospital.
Namun begitu, terdapat beberapa petua yang mungkin boleh diamalkan sebagai langkah kecemasan di rumah apabila tercekik tulang ikan.
- Nasi
Ini adalah petua yang biasanya diamalkan. Kepalkan nasi menjadi bebola kecil dan telan perlahan-lahan supaya tulang yang terlekat dapat dibawa bersama nasi ketika telan. - Roti
Masukkan roti di dalam mulut dan kemam untuk seketika. Apabila air liur telah menyebabkan roti tersebut kembang, telan roti tersebut perlahan-lahan. - Pisang
Gigit pisang mengikut saiz yang berpadanan dan telan pisang tersebut perlahan-lahan. - Garam
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak. - Minyak Zaitun
Minum satu sudu teh minyak zaitun. Teksturnya yang licin boleh membantu mengeluarkan tulang ikan dengan mudah. - Madu
Celupkan jari ke dalam madu dan selawat sebanyak 3 kali dan hisap jari tersebut. - Air suam
Cara lain yang boleh dicuba oleh orang Muslim ialah dengan menggunakan air suam. Sebelum diminum, selawat sebanyak 3 kali dan minum hingga habis. - Kaedah rawatan doa.
Bacakan doa ini sambil mengurut bahagian halkum. Ulangi sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan.
Namun begitu, dapatkan rawatan susulan dari klinik atau hospital dengan segera sekiranya tulang masih lagi tercekik. Jangan dibiarkan kerana dikhuatiri menyebabkan luak dan jangkitan kuman.