Manusia dah makin pelik. Sebelum ini kita banyak mendengar tentang pembedahan plastik yang dibuat di muka seseorang untuk kelihatan lebih cantik seperti yang diingini. Itu mengubah sebahagian muka sahaja. Kemudian kita mendengar ada yang sanggup mengubah keseluruhan muka menjadi seperti watak anime kegilaan mereka.
Ada yang mengubah rupa mereka menjadi kartun Barbie, ada juga yang mengubah keseluruhan muka mereka mengikut rupa watak anime jepun kegemaran mereka. Macam-macam..! Sampaikan ada yang dibuat oleh mereka tu tak terfikir pun oleh akal orang normal seperti kita.
Sekarang viral dan heboh pulak tentang seorang pelukis tatoo berasal dari Columbia yang mengubah rupanya. Bukan menjadi Barbie. Bukan menjadi watak anime yang comel atau kacak. Tapi dia mengubah rupanya menjadi tengkorak.
Nama sebenarnya ialah Eric Yeiner Hincapié Ramírez, berusia 22 tahun,. Kalaca Skull adalah nama barunya setelah menukar wajahnya kepada rupa tengkorak. Dia adalah pengukir tatoo yang sangat obses dengan tengkorak sedari kecil lagi. Keinginannya yang membuak-buak untuk menukar wajahnya terlaksana setelah kematian ibunya. Sewaktu hidup, ibunya sama sekali tidak bersetuju dengan idea gilanya itu.
Bermula dengan membuang separuh bahagian bawah hidungnya kerana tengkorak tidak mempunyai hidung, dia mengambil langkah lebih berani apabila turut memotong telinganya demi kelihatan seperti tengkorak yang tidak memiliki telinga. Anehkan..? Dia adalah orang yang pertama yang mahukan rupanya kelihatan cacat..!
Transformasinya tidak terhenti di situ sahaja. Selepas itu dia turut memotong dan membuat tatu berwarna biru-kelabu di lidahnya. Dia juga melukis tatu hitam besar di sekitar matanya, selain gigi besar di sekeliling mulut dan pipinya. Semuanya itu dibuat supaya wajahnya kelihatan lebih mirip dengan tengkorak.
Ramai yang mengkritik dan tidak menyenanginya dengan wajahnya yang baru. Terutama apabila berjumpa secara bersemuka. Wajahnya yang menakutkan menyebabkan orang sekeliling ada yang tidak selsesa. Ada juga yang sanggup menyeberang jalan apabila mereka melihatnya tetapi dia menegaskan walau apa pun yang difikirkan orang lain tentang dirinya, dia adalah seorang lelaki yang baik.
“Sebaliknya, saya seorang yang normal yang hanya kelihatan jauh berbeza dengan kebanyakan orang lain. Ia seperti perbezaan cara berfikir, berpakaian dan gaya muzik. Saya hanya rasa senang dengan cara saya,” katanya.
Kebanyakan orang tidak faham mengapa ada individu yang mahu hidung dan telinga mereka dipotong tetapi lelaki ini tidak minta masyarakat memahaminya, sebaliknya hanya meminta penerimaan mereka terhadap keinginannya.
“Pengubahsuaian badan adalah keputusan peribadi dan tidak boleh dihakimi. Ia seperti menilai seorang wanita untuk mendapatkan implan payudara atau punggung.” kata Kalaca Skull lagi di dalam satu temubual.
Dia menambah sebab utama mengapa dia memilih untuk menjadikan dirinya kelihatan seperti tengkorak kerana semua orang berkongsi ‘rupa’ yang sama di bawah kulit wajah dan semasa kematian.
Anehkan…? Pendapat kami, apa yang dibuat oleh lelaki itu adalah disebabkan dia tidak faham akan hakikat hidupnya. Kenapa dia diciptakan dan apa tanggungjawabnya di atas muka bumi. Dia juga tidak paham yang tubuh badannya itu hanyalah pinjaman yang wajib dijaga sebaik mungkin dan bukan untuk dimusnahkan.
konklusi, tak faham hakikat hidup. jiwa kosong