Kita masih berada di dalam hari Tasyrik. Hari Tasyrik ialah 3 hari selepas 10 Zulhijjah iaitu 11 – 13 Zulhijjah. Masih kedengaran takbir raya selepas solat fardhu di masjid-masjid.

Jadi masih boleh saling mengucapkan selamat Hari Raya Iduladha kepada rakan taulan dan sanak saudara. Cara yang paling mudah ialah memberi ucapan dan berkongai tentang pengalaman Hari Raya Korban di media sosial.

Cara ini banyak digunapakai oleh selebriti-selebriti tanahair. Mereka mengambil peluang mengucapkan salam iduldha kepada peminat-peminat mereka di serata tempat.

Turut mencuri perhatian apabila selebriti Hollywood, Lindsay Lohan turut merakamkan ucapan hari raya menerusi akaun instgramnya @lindsaylohan.

Beliau memuatnaik satu gambar wanita bertudung dengan caption ‘Eid Adha Mubarak’.

Apa yang kami respek ialah walaupun beliau seorang selebriti terkenal dan beliau bukanlah seorang Muslim, namun beliau yang pernah ketagih arak dan dadah sebelum ini turut berkongsi dan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Islam.

🇦🇪🧜‍♀️🧜‍♂️🇦🇪

A post shared by Lindsay Lohan (@lindsaylohan) on

Ini bukan pertama kali Lindsay Lohan menunjukkan penghormatan kepada Islam. Sebelum ini beliau pernah menghadiri London Modest Fashion Week show dengan memakai hijab berwarna hitam. Malah ada khabar angin yang mengatakan beliau sudah memeluk agama Islam. Ini berikutan beliau pernah memadam semua gambar di akaun Instagramnya pada January lalu dan menukar bio akaunnya kepada “Salam Aleikum”. Wallahua’lam..

Baca juga  Kisah Skandal 1MDB Bakal Difilemkan

Moga hati beliau terus dekat dengan Islam. Moga beliau mendapat hidayah selepas ini.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini