•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengacara tersohor negara, Datuk Mahadzir Lokman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu selepas menunaikan solat Subuh awal pagi tadi. Allahyarham berusia 61 tahun berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja dan kini sedang diuruskan oleh ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Perkara ini disahkan sendiri oleh adiknya iaitu Ida Lokman.

Siapa yang tidak kenal dengan nama besar dalam dunia pengacaraan iaitu Datuk Mahadzir Lokman yang juga dikenali sebagai Dale seringkali menjadi pengacara dalam pelbagai majlis besar negara seperti Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa, Mesyuarat Menteri Asean dan banyak lagi. Beliau juga merupakan pengacara bagi Konsert Siti Nurhaliza Live at Royal Albert Hall, London.

Allahyarham dikagumi ramai kerana kebolehannya bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya bahasa Inggeris, Perancis, Jepun, Sepanyol, Itali, Portugis dan Yunani. Kehilangan pengacara hebat ini merupakan satu kehilangan besar buat negara.

Ohsempoi mengucapkan Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.

Baca juga  Kalau Dah Anda Pemain Terbaik Dunia, Orang Akan Buat Apa Sahaja Untuk Anda
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini