•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Permainan Lego antara permainan yang terkenal di seluruh dunia. Berasaskan bongkah-bongkah kecil, pemain perlu menyusun mengikut kreativiti masing-masing untuk membentuk objek lain yang lebih lengkap.

Robot, rumah, kapal terbang, bangunan dan sebagainya mampu dibina menggunakan Lego ini. Pemainnya pula terdiri daripada kanak-kanak seawal usia 3 tahun hingga kepada orang dewasa.

Bermain Lego sangat digalakkan kepada anak-anak kerana ianya sejenis permainan manipulatif yang melatih daya fizikal dan mental untuk menjadi lebih baik.

7 MANFAAT BERMAIN LEGO BUAT ANAK

1. Melatih Kemahiran Motor

Memasang dan membuka bongkah-bongkah Lego berupaya melatih koordinasi mata dan otot-otot halus anak.

Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensel dan kemudian pandai menulis.

2. Daya Fokus Anak

Untuk membina sesuatu objek daripada bongkah Lego bukan satu perkara yang senang. Ianya memerlukan daya fokus yang tinggi untuk memikir, menyambung dan membentuk. Anak-anak perlu fokus untuk sukses dalam membina objek yang mereka inginkan.

Sekaligus, ini melatih daya fokus mereka.

Kelebihan Main Lego
Kredit: JMR23.com

3. Meningkatkan Daya Kreativiti

Anak-anak perlukan daya kreativiti yang tinggi ketika bermain Lego. Untuk mempunyai daya kreativiti, ianya perlu dilatih sejak kecil lagi. Selain itu, anak-anak juga berpotensi memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan bertindak dengan solusi yang terbaik.

Semakin aktif otak anak-anak berfikir, semakin cerdas pemikiran mereka kelak.

4. Melatih Koordinasi Mata

Bongkah-bongkah Lego sengaja diwujudkan dengan warna-warna dan saiz yang pelbagai. Saiz yang kecil mungkin berbahaya kepada anak kecil bawah 3 tahun kerana risiko tertelan.

Tetapi untuk usia yang sesuai (3 tahun ke atas), warna dan saiz ini akan melatih koordinasi mata.

Baca juga  20 Tanda-tanda Paling Jelas Lelaki Dicintai dan Disukai Malah Sering Ditiduri Jin Betina

5. Memahami Konsep Asas Matematik

Bongkah Lego mempunyai saiz yang berbeza. Dalam masa yang sama, permainan Lego ini akan memperkenalkan dengan lebih mendalam lagi kepada konsep saiz, berat, ukuran berbeza dan bentuk.

Perkaran ini akan memberi kelebihan kepada anak-anak tentang konsep asas dalam matematik.

6. Memahami Konsep Ruang

Berbeza daripada apa yang dilihat pada buku atau skrin tablet, permainan seperti ini menggalakkan anak untuk memahami konsep ruang yang bersifat 3 dimensi.

Ianya juga boleh disentuh dan digerak 360 darjah untuk mereka lebih memahami.

7. Meningkatkan Kemampuan Sosialisasi Dan Sikap Bekerjasama

Semasa bermain Lego bersama kawan-kawan atau adik-beradik yang lain, secara tidak langsung melatih anak kecil untuk berkomunikasi (bersosial) dan berani mengemukakan idea ketika di dalam kumpulan.

Mereka juga akan dilatih supaya lebih yakin dengan pendirian diri sendiri apabila berjaya membina sesuatu mengikut kemahuan mereka.

Kami percaya permainan Lego bukan hanya berpotensi memberi 7 manfaat ini kepada anak-anak, tetapi lebih lagi. Cuma, ibu bapa perlu mengawal atau memerhatikan aktiviti anak-anak terutama anak di bawah 3 tahun semasa bermain Lego, kerana mereka berisiko tinggi untuk tertelan bongkah-bongkah Lego.

Oh ye, lagi satu, selesai bermain, latih anak-anak untuk mengemas bongkah-bongkah Lego di tempat yang sepatut. Jika tidak, bapa yang baru pulang daripada pejabat, pasti akan terjerit kesakitan apabila terpijak bongkah Lego ini, walaupun hanya sebiji bongkah!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini