Marshall Tiada Kuasa Beri Arahan Kepada Pengguna Jalan Raya


Pengiring atau marshall tidak mempunyai kuasa memberi arahan kepada pengguna jalan raya termasuk memberi laluan, lencong dan menghentikan kenderaan.

Menurut Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), semua pengiring tidak dibenarkan sama sekali mengawal lalu lintas sesuka hati mereka.

Orang awam atau pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah pengiring/marshall ini sekiranya mereka melakukan tugas-tugas trafik seperti meminta anda memberikan laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan, melencongkan kenderaan anda dan pelbagai lagi.

“Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas trafik tanpa anggota trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan tugas pengiring/marshall hanyalah untuk pengurusan peserta konvoi supaya mematuhi syarat-syarat ditetapkan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

Baca juga  Mansuh Hukuman Mati Mandatori. Malaysia Ikut Jejak Langkah 106 Buah Negara Lain.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini