Mat Dan atau nama Islamnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah telah menetap di Negeri Terengganu sejak 10 tahun yang lalu. Beliau kini telah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak dengan rakyat negeri Terengganu.

Jejaka yang berasal daripada Bristol, England ini dikurniakan kelebihan bertutur dalam loghat negeri Terengganu dengan fasih. Bukan senang nak bertutur dalam loghat negeri Terengganu ni. Malah orang Malaysia yang bukan orang Terengganu pun tak kena lenggoknya kalau cuba bertutur dialek Negeri yang terkenal dengan slogan ‘negeri cantik, budaya menarik’ ini.

Muhammad Kareef Daniel Abdullah aka Mat Dan

Dengan kelebihan ini, Mat Dan telah berjaya menarik perhatian ramai terutamanya setelah beberapa kali keluar di kaca TV. Beliau secara tidak sengaja telah menjadi ‘Media Social Influencer’. Akuan intagram beliau setakat artikel ini ditulis telah mencecah lebih 800 Ribu followers.

Menyedari kelebihan dan keunikan daya tarikan yang dipunyai oleh Mat Dan ini. kerajaan negeri Terengganu telah memutuskan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini untuk melantik Mat Dan menjadi Icon Pelancongan Negeri Terengganu.

Objektif kerajaan negeri Terengganu dengan perlantikan ini ialah supaya promosi Negeri Terengganu bukan setakat di dalam negara sahaja. Sasarannya bermula tahun ini promosi akan juga ditekankan di luar negara khususnya di United Kingdon dan Eropah.

Mat Dan yang tidak menyangka akan perlantikan ini berjanji akan cuba bersungguh-sungguh setakat yang termampu untuk merealisasikan harapan kerajaan negeri Terengganu itu.

Kami di Ohsempoi mengucapkan tahniah kepada Mat Dan. Diharap sasaran dan harapan negeri Terengganu tersebut akan dapat dicapai dengan perlantikan ini

Baca juga  Tarikan Terbaru di Putrajaya..

Siapa yang tak kenal Mat Dan (Dialek Terengganu: Mat Dang), jejaka ‘mat saleh’ yang bukan sahaja fasih berbahasa melayu malah bertutur dalam loghat Terengganu.

Pemuda yang diberi nama Mohammad Kareef Daniel Abdullah (selepas memeluk agama Islam) ini berasal daripada Britol, England ini dah menetap selama 10 tahun di negeri Terengganu. Beliau juga telah mendirikan rumahtangga dengan rakyat negeri Terengganu dan telah pun mempunyai seorang anak.

Dengan kepetahannya bertutur dalam loghat Terengganu yang pekat, beliau pantas menjadi icon dan ‘influencer’ di media sosial. Setakat entri ini ditulis followers instagram Mat Dan dah mencecah lebih 800 Ribu orang.

Kini Mat Dang dilantik menjadi icon pelancongan negeri Terengganu yang memang terkenal dengan pulau-pulau dan pantai-pantai yang antara tercantik di dunia.

Pemilihan itu dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu baru-baru ini dengan objektif yang lebih besar iaitu supaya Mat Dan dapat mempromosikan negeri Terengganu ke luar negara khususnya ke United Kingdom dan Eropah.

Pada aku, pemilihan Mat Dan sebagai icon pelancongan negeri Terengganu ini amat tepat. Dengan kebolehannya sebagai influencer yang mempunyai ramai followers di media sosial, Mat Dan akan lebih mudah menyalurkan maklumat untuk mempromosikan bidang pelancongan yang merupakan antara sumber pendapatan utama negeri Terengganu.

Good luck Mat Dan.

P/s: tengah cari peluang untuk berborak dengan Mat Dan ni..

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini