Bagi yang suka mencari dan mencuba makanan baru, sedap ataupun menu-menu yang rare, mereka tentu akan sentiasa mencari tempat makan ataupun restoran yang mempunyai kriteria tersebut. Jika yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, anda boleh masukkan Sungai Buluh di dalam senarai pencarian anda.
Sungai Buloh. Tempat paling sesuai dan paling senang kalau nak cari tempat makan. Di sini ada banyak tempat makan dan yang paling penting banyak makanan yang murah-murah dan sedap-sedap kat sini.
Percayalah! Sungai Buloh, selangor memang syurga Makanan!
Memang banyak tempat makan yang sedap dan murah di sekitar Sungai Buloh. Kami akan kongsikan restoran-restoran tersebut di dalam beberapa entri untuk tidak membosankan anda membaca dan memudahkan anda mencuba satu persatu restoran yang kami syorkan tersebut.
Berikut kami senaraikan tempat makan, restoran dan juga warung di Sungai Buloh yang patut anda terjah jika bertandang ke sana untuk siri 1 ini:
1. Warung Cidot
Warung Cidot ni restoran feveret orang Sungai Buloh. Keistimewaannya ialah selain daripada rasa menu-menunya yang sedap, harganya memang sangat berpatutan. Portionnya pun banyak. Recommended..!
Alamat:
Warung Cidot
C10 kampung melayu seri kundang 48050 rawang selangor
waktu operasi : 11 pagi sehingga 10 malam
2. Cendol Durian Bamboo River
Menu yang disyorkan untuk anda cuba:
Ayam Golek Black Pepper
Cendol Durian Ulas kahwin(D24), IOI, Udang Merah.
Alamat:
Cendol Durian Bamboo River Gerai MBSA Jalan 3/1 U19, Bandar Baru Sg Buloh. waktu operasi : 11.00PAGI -11.00PTG
3. Restoran Asam Pedas
Bagi peminat Asam Pedas pula, jom cuba Asam Pedas Ikan Siakap, Ikan Pari, Ikan Kembung, Ikan Patin, Salmon, Daging, dan Tetel.
Paling best dan special adalah Nasi Goreng Jebat dan Nasi Goreng Petai. Fuhhhhh.. Memang sangat mengancam…!
Alamat:
Restoran Asam Pedas, Tsb Sungai Buloh (boleh waze)
4) Burger Bakar Man Lava
Burger Bakar Man Lava ni lebih sedap dari burger Macdonald’s dan Burger KFC !! Man Burger Bakar dan Kukus Lava. Tempat ni pun disyorkan untuk anda pergi. Recommended..!
Lokasi : Bersebelahan Bangunan TM, Sungai Buloh
5. Mummy Roti
Antara Mummy Roti yang terkenal sekitar area Sungai Buloh!
Menu yang disyorkan:
Roti Golok choclate meleleh:4 pieces rm8.00
Brownies: Rm10.00 Sekotak
Roti Golok Original :3 pieces rm5.00
Lokasi : Lot 3020 A/3 Wisma Abu Samah, Jalan Rahidin, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
6. Cucuk-cucuk Steamboat
Kuah steamboatnya sangat mengancam selera. Serius, kuah steamboat ni memang sedap..! Ada 3 jenis kuah iaitu kuah kacang, kuah cili dan kuah hitam manis yong taufu (Taucu)
Harga steamboat RM1
Waktu operasi: dari jam 3.30 petang – 11 malam
Lokasi di TSB Sg Buloh di hadapan bank Islam
7. Sate Minang Pak Yat
Sate minang yang sangat sedap bersama kuahnya yang superb. Persekitarannya terbaik dan tip top. Jom rasa sate minang Pak Yat yang popular di kalangan orang Sungai Buloh.
Harga: Rm3.50
Lokasi: SATE MINANG PAK YAT Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor
Ok kami berhenti pada restoran nombor 7. Anda kena bqcq sambungan seterusnya nanti untuk lebih banyak tempat makan sedap dan enak di Sungai Buloh.