Mentaliti Kelas Pertama Rakyat Jepun Di World Cup Russia 2018


Jepun sememangnya dikenali dengan negara yang berdisiplin. Sejak dari kecil mereka diajar cara menghormati orang lain selain daripada sikap pembersih yang sering dipertontonkan oleh rakyatnya.

Menjadi pujian ramai sekali lagi apabila sikap yang perlu dicontohi ini turut dibawa ke gelanggan perlawanan bola World Cup diadakan. Biarpun berlangsung di Russia yang teramat berbeza budayanya, rakyat Jepun menunjukkan teladan yang baik buat semua.

Tunduk hormat kepada para penyokong setelah tamat perlawanan meskipun kemenangan tidak berpihak kepada mereka.

Tidak terkecuali juga bilik persalinan mereka dikemas dengan sekeping nota “Terima kasih” didalam bahasa Rusia.

Turut menunjukkan sikap positif ini apabila penyokong-penyokong Jepun turut memainkan peranan mereka dalam menjaga persekitaran stadium. Kebersihan dititik beratkan biarpun pulang dengan kekecewaan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jepun. Anda berjaya membuktikan walaupun dilihat sebagai pasukan yang “kerdil”, tapi masih mampu bersaing secara kompetitif serta menunjukkan mentaliti kelas pertama. Kudos Jepun.


2 KOMEN

  1. perghhh salute betul la Jepun ni.. teringat aku masa pi kyushu itu hari. payah giller nak cari tong sampah. last2 simpan jer sampah dlam poket. nasib baik kulit coklat jer.. huhuhu

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini