Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi semua negeri di Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Selama 14 hari ini, rakyat Malaysia disarankan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Majoriti mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta diberi pelepasan cuti bergaji atau Bekerja Dari Rumah (Work From Home) sebagai tanda usaha menyokong usaha menghalang penularan virus Corona ini. 14 hari #StayAtHome pasti mencabar bagi mereka yang tidak biasa. Terutamanya dalam menyediakan menu makanan tengah hari untuk suami dan anak-anak.
Di sini, kami kongsikan beberapa idea menu masakan untuk membantu anda sepanjang 14 hari ini:
Hari #1: Nasi Putih + Ikan Goreng Sambal
Bahan-bahan diperlukan:
- 4 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)
- 4 biji bawang putih
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh)
- 1 cm belacan
- 8 sudu makan cili boh (cili kering yang dikisar) bagi yang mahu
Cara menyediakan dan memasak:
- Lumurkan ikan dengan garam and kunyit…perap selama 10 minit.
- Kemudian…goreng ikan hingga garing.
- Bawang putih dan bawang merah dikisar.
- Panaskan minyak…tumis bawang yang telah dikisar bersama cili boh…belacan dan bawang besar…tunggu sehingga garing dan bawang besar layu.
- Tunggu sehingga mendidih…masukkan gula…dan kiub ayam…kalau mau lebih masin boleh lah ditambah sedikit garam…kemudian masukkan ikan tadi…gaul hingga sebati…masukkan perahan air limau…gaul sekali lagi… angkat dan hidangkan.
Sumber: MyResipi.com
Hari #2: Spaghetti Aglio Olio
Bahan-Bahan
1 periuk air
– 1/4 cawan garam
– 400 gram spagheti
– 1/2 cawan minyak zaitun
– 10 ulas bawang putih (dihiris nipis)
– 2 sudu besar cili flakes
– 1 sudu besar daun parsley
– lada hitam secukup rasa
– 8 ekor udang
– 1 cawan sotong (dipotong)
– 3 sudu besar keju parmesan
Cara Penyediaan:
1) Rebuskan 1 periuk air, dan masukkan 400 gram Spaghetti dan 1/4 cawan garam. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sedikit air rebusan untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang sejuk, masukkan 1/2 cawan minyak zaitun dan 10 ulas bawang putih yang telah dihiris. Masak menggunakan api kecil selama 10 – 15 minit.
3) Masukkan 8 ekor udang dan 1 cawan sotong. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti.
4) Masukkan 1 sudu besar daun parsley, 2 sudu besar cili flakes dan lada hitam secukup rasa. Masak seketika.
5) Masukkan Spaghetti, gaul sehingga kuah rata. Masukkan 3 sudu besar keju parmesan, gaul sehingga rata.
6) Spaghetti Aglio Olio Seafood sudahpun siap untuk dinikmati! Lebih berperisa dan murah daripada yang di kafe.
Sumber: Says.com
Hari #3: Nasi Goreng Kampung
Bahan – bahan:
- 5 cawan nasi putih (6 orang makan)
- 3 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
- Cili padi (10 tangkai)
- 2 biji telur ayam
- Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
- 1 cawan ikan bilis
- Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
- Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
- Minyak untuk menumis
Cara – cara memasak:
- Ikan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
- Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
- Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
- Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
- Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
- Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
- Masak sampai betul rata perasanya.
- Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.
Sumber: Saji.my
Hari #4: Tomyam Campur
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 300 g sotong
- 300 g udang
- 1 batang lobak merah (Dipotong pendek)
- 1 batang saderi (Dipotong kecil)
- 3 helai daun limau purut (Dikoyak)
- 4 cawan air
- 100 g bunga kubis
- 2 biji tomato (Dipotong 4)
- 2 biji limau nipis (Diambil perahannya)
- 1 pokok daun ketumbar
- Garam secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
Bahan B (Tumisan)
- 2 batang serai (Diketuk)
- 8 biji cili api (Diketuk)
- 1 inci lengkuas (Diketuk)
- 1 ulas bawang putih (Diketuk)
- 2 sudu makan pes tomyam
- 1 labu bawang besar (Dihiris)
Cara menyediakan dan memasak:
- Bersihkan udang dan sotong. Tuskan.
- Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
- Masukkan air, sotong, udang, lobak merah, saderi, dan daun limau purut. Masakkan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan bunga kubis, garam dan tomato. Apabila mendidih, tutupkan api.
- Masukkan perahan limau nipis dan taburkan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan.
Sumber: MyResipi.com
Hari #5: Ayam Butter
Bahan bahan Ayam:
500 gram chicken fillet – potong kecil & 1 pek Tepung Goreng Berempah
Bahan bahan Buttermilk:
5 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih – cincang4-5 tangkai cili padi – hiris halus1 -2 tangkai daun kari200 ml susu cair1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Secubit garamSecubit gula
Cara-cara:
Masukkan 5 sudu besar serbuk tepung goreng berempah ke dalam mangkuk A dan 5 sudu besar air. Kacau rata. Dalam mangkuk B pula, tuangkan tepung goreng berempah.
Ambik sekeping ayam dan dicelup dalam mangkuk A sebelum digaul gaul dengan tepung dalam mangkuk B. Ketepikan. Buat sehingga habis kesemuanya.
Menggunakan kuali yang lain, masukkan mentega dan biarkan mentega cair dan panas. Tumis bawang putih dan cili padi sehingga bawang naik bau dan berwarna sedikit kekuningan.
Masukkan susu cair dan kacau rata. Masukkan daun kari, gula dan garam. Setelah secukup rasa, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata rata dan sedia untuk dihidangkan panas panas.
Sumber: AzieKitchen.com
Hari #6: Spaghetti Bolognese
Bahan-bahan :
1 paket spaghetti Eatalian Homemade – Fresh Pasta/ berasaskan sayur
1 tin sos prego tradisional
1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato)
1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
6 batang sosej dihiris nipis
1 keping daging kisar Ramlee
Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin)
Garam
Gula
Air secukupnya
2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya)
Minyak zaitun
Cara masak :
Spaghetti
Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 – 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.
Kuah spaghetti
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Bila telah kekuningan, masukkan buah tomato yang dipotong dadu. Gorengkan sekejap.
2. Masukkan sos prego, daging kisar dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.
3. Masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Biarkan masak dalam api perlahan anggaran 5 minit. Tutupkan api dan sedia dihidang.
Sumber: FB Viral Oh Viral
Hari #7: Ayam Bakar Kenny Rogers Style
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
2 sudu madu
Sedikit minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs/ daun oregano
Bahan kisar/ tumbuk
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos lada hitam
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
100ml air
Cara memasak:
Campurkan semua bahan kisar dengan madu, minyak zaitun, mixed herbs dan lumurkan pada ayam. Perap selama 4-5 jam dala peti ais.
Bakar pada suhu 220 darjah selama sejam atau bakar menggunakan pemanggan atas dapur hingga masak.
Sumber: Media Maklumat
Hari #8: Ayam Masak Lemak Cili Padi
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam, potong kecil
- 15-25 biji cili padi
- 1 helai daun kunyit
- 2 ketul kunyit hidup
- 1 batang serai, dititik
- 1 keping asam gelugor
- 1 mangkuk besar santan
- garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bersihkan ayam dan ketepikan.
- Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
- Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
- Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
- Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
- Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.
Sumber: ResepiCheNom
Hari #9: Ikan Siakap Stim Limau
Bahan-bahan Yang Digunakan
- Bawang putih
- 2 kiub pati ayam (kacau dengan segelas air panas)
- Cili api merah
- Daun limau purut
- Halia
- Serai
- Limau nipis
- Sos ikan (6 sudu besar)
- Daun ketumbar
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Ikan Siakap Stim Limau
1. Mula-mula cuci bersihkan ikan siakap.
2. Sediakan ikan yang sudah dicuci ke dalam bekas stim.
3. Masukkan daun limau yg dikoyak, halia dan serai yg dipotong letakkan di
bawah ikan yg dibelah.
4. Curahkan air kiub pati ayam yang sudah dibancuh dengan air panas.
5. Tutup dengan penutup dan kukuskan ia selama 15-20 minit atau sehingga ikan tu masak.
Sementara tunggu ikan stim masak boleh dibuat kuah untuk ikan
Satukan semua bahan :
1. Bawang putih yg dicincang.
2. Cili padi merah.
3. Air limau nipis yg diperah,
(kalau ingin rasanya lebih kick lagi, campurkan sedikit stok limau yg
dalam botol.)
4. Garam, gula dan sos ikan. Kacau biar sebati.
5. Jika ikan sudah masak. Angkat ikan.
6. Akhir sekali, curahkan bahan-bahan kuah yang disatukan tadi.
Sumber Gambar: Cookpad.com
Hari #10: Sotong Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
500 gram sotong – bersihkan – buang dakwat – buang mata dan mulut – potong ikut citarasa – perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit – biarkan selama 15 minit
10 batang kacang buncis – bersihkan – potong 3 cm
1/2 batang lobak merah – kupas kulit – hiris bulat nipis
5 helai daun limau purut – buang urat
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
Bahan hiris:
1 labu bawang besar, 3 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih & 2 biji cili hijau.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
2. Besarkan api dapur. Kemudian masukkan secara serentak sotong, lobak merah dan kacang buncis.
3. Kacau rata. Masak di antara 2 hingga 3 minit sahaja.
4. Tambahkan sos tiram dan masukkan daun limau purut.
5. Gaul sebati, dan padamkan api dapur.
Sumber: Amie’s Little Kitchen
Hari #11: Spaghetti Bolognese
Bahan-bahan
1 botol sos spagheti original prego
1 tin tomato puree
1 tin tomata cincang
Daging cincang
Bawang putih + Bawang besar
Mushroom + Lada benggala +Serbuk lada putih
Italian herbs
Garam dan gula
Cara-cara:
Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih. Masukkan sedikit cili kisar bagi memberi sedikit rasa pedas.
Masukkan daging cincang. Goreng sehingga daging agak masak, masukkan sos spagheti dan tomato puree serta tomato cincang. Masukkan sedikit air.
Renihkan dan masukkan mushroom, bawang besar dan sayuran. Boleh juga bawang besar ditumis selepas bawang putih.
Renihkan lagi. Masukkan garam, gula dan herbs.
Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Bolehlah dihidangkan dengan menuangkan sos spagheti ke atas spagheti yang direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
Taburkan fresh parsley. Taburkan sedikit parmesan cheese.
Hari #12: Mi Goreng Basah
Bahan bahan:
2 bungkus mee kuning – bilas dan tos
8 ekor sotong udang
1 paket fish cake – jika suka2 ikat sayur Bok Choy
1 biji tomato – hiris 6
2 cili merah – hiris
4 sudu besar cili kering kisarMinyak
Bahan sos:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
Air secukupnya
Bahan tumbuk: 3 ulas bawang putih2-3 biji + bawang merah
Bahan hiasan:Daun bawang + Bawang goreng
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak. Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini, iaitu cili kisar mesti betul betul masak dan terbit minyak.
Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air dan semua bahan sos serta udang. Kacau sebati dan tunggu sehingga sos dan udang masak dan mulai mendidih kecil.
Masukkan mee kuning bersama sayuran, tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus. Kacau atas api sederhana.
Bila sayur dah layu , bolehlah tutup api. Taburkan hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.
Hari #13: Sardin Tin Sedap
Bahan-bahan diperlukan:
- 1 Tin kecil Ikan Sardin (brand apa2 pun boleh)
- 2 Cili Besar (Belah panjang)
- 1 Bawang Merah Besar (Belah halus)
- 3 Ulas Bawang Putih (Cincang)
- 2 Sudu Sos tiram
- Kicap manis boleh,masin pun boleh (untuk pewarna sahaja)
- 2 Sudu teh asam jawa tanpa biji
- Air putih ikut sukatan tin sardin penuh
- 3 sudu besar Minyak Masak
Cara menyediakan dan memasak:
- Panaskan minyak panas,masukan bawang putih hingga naik wangi (jangan biarkan bawang putih menjadi kuning).Masukan sardin ikan dan pastikan api dapur dikecilkan
- Agak2 sardin ikan mendidih,masukkan asam jawa dan air mengikut sukatan 1 tin penuh sardin.
- Setelah kuah ikan sardin mulai pekat,masukan sos tiram dan kicap 2 sudu besar kicap manis (masin pun boleh)
- Last,masukan bawang merah dan cili besar.Biarkan 2minit dan angkat sebelum bawang merah menjadi lembik (nanti kurang sedap plak) Selamat Mencuba 😉
Sumber: Rasa.my
Hari #14: Nasi Ayam Simple Tapi Sedap
Bahan-bahan
A. Untuk Rebusan Ayam
- Seekor ayam
- 1 biji bawang besar dipotong kasar
- Seinci halia diketuk
- 2 batang serai
- 3 ulas bawang putih
B. Untuk Nasi
- 5 cawan beras
- Seinci halia dipotong nipis
- 3 biji bawang merah dipotong halus
- 4 ulas bawang putih dipotong halus
- Sebatang kulit kayu manis (kecil)
- Bunga lawang
- Cengkih
- Lemak ayam yang kita kumpul tadi
- 1 sudu makan margerin/ butter
- 1 ketul kiub ayam
- Sedikit kunyit. Tak perlu banyak sangat nanti terlalu kuning
- Daun pandan simpul
- Garam
C. Untuk Ayam
- 3 ulas bawang putih
- Setengah inci halia
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu sos lada hitam
- Kicap manis secukupnya
- Setengah sudu gula merah/ gula kabung
- Sedikit garam
- 1 sudu kecil pati ayam
- Sedikit margerin
BASUH & POTONG AYAM
Macam biasa ayam seekor, ikut suka nak potong macam mana. Asingkan lemak tapi jangan buang lemaknya, sebab nanti nak guna untuk buat minyak ayam.
Kalau suka ayam macam di kedai, tak payah potong, boleh guna seekor terus.
REBUS AYAM
Kita rebus dulu ayam sebelum diperap dan digoreng supaya dapat hasil yang juicy dan cantik. Air rebusan ayam ni kita akan gunakan untuk masak nasi nanti.
Caranya, panaskan air bersama bahan-bahan A di atas. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut.
MASAK NASI
Seterusnya untuk memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B di atas.
Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap saja jangan sampai garing, biarkan layu je.
Kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.
Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Tanak nasi sampai masak.
PERAP & GORENG AYAM
Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, kita akan gunakan bahan C di atas.
Mula-mula, tumbukkan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang dah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.
*Nak bagi berkilat, masukkan ayam dalam kuali dengan untuk digoreng dengan sedikit kuah perapan ayam tadi dan tambah satu sudu madu. Kalau tak ada madu, letak marjerin sikit nak bagi kilat je. Gaul ayam dan kalau nampak dah berkilat, terus angkat dan toskan.
Masa goreng, guna api perlahan, kena selalu alihkan ayam supaya tak hangit. Masak jangan lama sangat takut ayam tak juicy.
SEDIAKAN SOS / SAMBAL
Makan nasi ayam memang tak sahlah kalau tak ada sos atau sambalnya, kan.
Nak buat ni senang saja, bahan-bahannya seperti di bawah:
- 5-7 biji cili besar (Kalau suka pedas boleh letak cili padi / cili api merah)
- Gula secukupnya
- Gula kabung sedikit
- Garam
- 5 ulas bwg putih
- Limau nipis agak-agak masam (Kalau tak ada boleh ganti dengan cuka)
- Sos cili 4-5 sudu
Caranya, blenderkan semua bahan dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka yang cair, masak sampai mendidih saja lepas tu boleh tutup api.
KUAH KICAP
Kuah kicap sebagai pelengkap. Gunakan kuah perapan yang lebih tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya.
Masakkan sekejap atas api. Siap!
MASAK SUP
Kemudian, nak masak sup kita gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil tadi. Contohnya kaki ayam, tulang, tengkuk, dan sebagainya. Rebus sampai masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawang dan cengkih.
Kemudian masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Perasakan dengan garam jika perlu.
Bila dah masak, boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sumber: siraplimau.com
Yeah setel! Cukup 14 resipi yang simple sepanjang dok rumah ni. Tak perlu pening pening kepala lagi kan?
Your ideas absolutely shows this site could easily be one of the bests in its niche. Drop by my website 57N for some fresh takes about Thai-Massage. Also, I look forward to your new updates.