•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mesej di media sosial samada Whatsapp, Telegram, FB Messenger atau lain-lain medium pada dasarnya sangat baik untuk penyaluran maklumat yang pantas. Dunia sekarang perlukan maklumat yang pantas untuk kita segera membuat keputusan.

Namun kebebasan yang ditawarkan oleh medium mesej tersebut seringkali disalahguna oleh pengguna. Ada yang menggunakannya ke arah perkara yang tidak betul seperti menyebarkan fitnah, aib, perkara bohong, dan sebagainya yang bertentangan dengan hukum agama.

Sesuatu perkara memang boleh berubah hukumnya daripada HARUS kepada HARAM jika ianya melanggar peraturan agama. Contohnya mesej berantai yang sejak dulu menjadi tular di medium mesej. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, masih ramai yang tidak faham ataupun masih tidak ambil endah tentangnya.

Bahagian Dakwah JAKIM ada meneynaraikan beberapa contoh mesej yang jatuh kepada hukum HARAM kerana boleh menyebabkan syirik kepada yang mempercayainya..

MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya SYIRIK kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh…….

2. “Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah” .

3. “Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda”.

4. “Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang”.

5. “Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah”.

6. “Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam”,

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bentuk seperti yang di atas yang perlu diabai & dihentikan segera.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu……….

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah HARAM…….!!!!!!!

Viralkan biar semua orang tahu…….

*Daripada :
Bahagian Dakwah,
JAKIM, Malaysia.

والله اعلم

Jadi selepas ini, jika terima mesej macam ni jangan sebarkan ya. Padam jer daripada smartphone anda. Ini adalah kerana jika sekali anda sebarkan, berkali-kali ia akan berkembang penyebarannya. Ini secara tidak langsung akan memberi dosa percuma kepada anda.

Jadi, hati-hati..!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Baca juga  Ustaz Tawar Khidmat Solat Hajat Berbayar Jadi Viral..!

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini