Misteri Pokok Petai Menangis Terbongkar?


Beberapa hari yang lalu, rakyat Malaysia terutama penduduk di Kampung Petani, Sering, Kota Bharu digemparkan dengan penemuan sepohon pokok Petai yang dikatakan menangis.

Penduduk mengatakan bahawa pokok yang berusia 30 tahun tersebut mengeluarkan air seperti hujan renyai dan airnya kelihatan seperti keluar daripada daun pokok. Airnya jernih dan berbau manakala rasanya pula sedikit payau

Kejadian tersebut biasanya berlaku antara am 8 malam hingga 6 pagi.

Sejak kejadian ini tular di media sosial, kawasan pokok pokok Petai tersebut menjadi seperti pesta apabila dipenuhi orang ramai yang mahu melihat sendiri fenomena itu.

ada dikalangan yang hadir membawa baldi untuk menadah ‘air mata’ pokok tersebut

Malah ada juga dalam kalangan pengunjung datang bersama baldi dan bekas air untuk menadah airnya. 

Fenomena ini turut mendapat teguran daripada mufti Kelantan supaya beringat. Ditakuti ketaksuban mempercayai kejadian aneh tersebut boleh menjejaskan akidah akibat terjatuh dalam perbuatan syirik.

Misteri terbongkar..!

Mungkinkah air mata pokok Petai tersebut adalah daripada serangga Riang-riang? Soalan yang lebih sensitif, adakah ianya air kencing Riang-riang?

Baca juga  Aneh Dan Menakutkan..! Lelaki Ini Ubah Rupa Jadi Tengkorak

Seorang penduduk kampung, Tan Syamsul Tuan Kechik, 31 yang memanjat pokok petai setinggi 30 meter itu menemui serangga riang-riang memenuhi pokok berkenaan.

Beliau agak terkejut kerana daripada pandangan mata kasar memang tidak dapat melihat dengan jelas serangga itu darpada bawah.

Sehubungan dengan itu penduduk berharap supaya pihak berkaitan dapat jalankan pemeriksaan perkara itu untuk kepastian selain dibimbangi boleh memudaratkan penduduk yang melalui kawasan itu.

Kita tunggu pembongkaran misteri pokok petai ini selanjutnya nanti.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini