Moratorium Pembiayaan Bank Sempena Wabak COVID19

tangguh bayaran pinjaman

Apa itu Moratorium?

Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.

Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan kerana wabak COVID-19 ini.

Antara bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi membuat pengumuman menawarkan moratorium kepada pelanggan mereka baik individu atau syarikat kecil dan sederhana adalah:

  1. Bank Rakyat
  2. SME Bank
  3. TEKUN
  4. Bank Simpanan Nasional
  5. Public Bank dan Public Islamic Bank
  6. RHB Bank dan RHB Islamic Bank
  7. AgroBank
  8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank
  9. Maybank dan Maybank Islamic
  10. Bank Islam Malaysia Berhad
  11. Bank Muamalat Malaysia Berhad

Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing. Maybank boleh guna online link ni

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/announcements/2020/March/announcement_moratorium.page


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini