Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini (Rabu-15.8.2018).
Apa itu iSuri?
Insentif Khas Kerajaan untuk Suri Rumah yang Berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih)-Caruman Sukarela KWSP
Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KSWP di seluruh negara.
Siapa Yang Layak?
Golongan suri rumah SUMBANGAN KERAJAAN yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018, termasuk :
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
- KIR – Balu, bercerai atau bujang
- Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Mencarum sekurangkurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
Manfaat iSuri
Sumbangan Kerajaan RM200 untuk tahun 2018.
Sumbangan RM480 setahun bagi tahun berikutnya!
Sumbangan Kerajaan (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan) ke dalam akaun KWSP sehingga RM200 kepada mereka yang layak bagi caruman untuk tempoh Ogos – Disember 2018. Bagi
tahun berikutnya, jumlah sumbangan adalah sehingga RM480 setahun.
Pembukaan pendaftaran i-Suri ini adalah susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018.
Individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.
Statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman sesawang www.kwsp.gov.my serta kunjungi mana-mana cawangan KWSP.