Nicol David Bakal Bersara Jun Ini.


Memetik update terbaru di Facebook Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol David, beliau mengumumkan akan bersara pada Jun ini. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong beliau selama 20 tahun beliau di dalam sukan skuasy.

Datuk Nicol David merupakan pemain skuasy dunia pertama yang memegang rekod menduduki rankin no.1 dunia paling lama iaitu selama 9 tahun berturut-turut pada tahun 2006-2015. Ranking No.1 Dunia kemudiannya dirampas oleh jaguh Mesir, Reneem El Weleily.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.

Datuk Nicol David akan bersara secara rasmi selepas tamat musim Professional Squash Association (PSA) 2018/2019 pada Jun ini.

Kami di Ohsempoi mengucapkan selamat maju jaya di dalam bisang baru yang diceburi oleh beliau. Terima kasih di atas usaha gigih Nicol David sepanjang berjuang mengharumkan nama Malaysa di mata dunia.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini