Selepas prestasi yang merudum dibawah pengurusan Jose Mourinho akhirnya peminat Manchester United kini boleh menaruh harapan baru apabila teka-teki mereka tentang pengganti yang bakal menguruskan kelab ternama itu akhirnya terjawab apabila Ole Gunnar Solskjær secara rasminya telah dilantik sebagai pengurus rasmi Manchester United.
Perlantikan Ole Gunnar Solskjær ini yang diikat dengan kontrak selama 3 tahun, melenyapkan spekulasi serta khabar angin sebelum ini yang mana jawatan itu bakal diisi dengan Mauricio Pochettino ataupun Massimiliano Allegri.
Buat anda yang tidak pernah mengetahui latar belakang serta pencapaian Ole Gunnar Solskjær ini, beliau adalah individu yang bertanggungjawab atas 10 kemenangan kelab Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.
Dimana kemenangan yang paling ikonik sepanjang pengurusan beliau adalah ketika Manchester United bertemu Paris Saint-Germain di Le Parc des Princes tempoh hari, yang memberikan keputusan kepada Manchester United untuk layak ke pusing suku akhir Uefa Champions League.

Dengan kejayaan demi kejayaan yang dibuktikan oleh beliau, mungkinkah dengan percaturan terbaru ini mampu membangkitkan kembali kekuatan serta zaman kegemilangan Manchester United seperti yang telah dilakukan oleh Sir Alex Ferguson? Sama-sama kita nantikan.