Oleh kerana wabak Covid-19 ini semakin melarat, banyak aktiviti luar rumah terpaksa dihadkan. Convo UITM ditangguhkan, sukan sekolah juga ditangguhkan. Ada negeri seperti Perlis dah keluarkan arahan supaya solat Jumaat tidak dilakukan. Hanya solat Zohor sahaja sebagai gantinya.
Untuk yang biasa ke surau dan masjid pula ini adalah langkah berjaga-jaga sebagai pencegahan agar COVID-19 dapat dibendung.
Langkah Berjaga-jaga Untuk Ke Masjid
Jemaah yang sihat yang ingin ke masjid atau surau disarankan agar:-
- Berwuduk dari rumah.
- Memakai penutup muka, dan/atau membawa sejadah sendiri.
- Tidak menyapu muka selepas memberi salam pada tahiyat akhir dan selepas berdoa.
- Tidak bersalaman dengan jemaah lain sebelum dan selepas solat.
- Gunakan hand sanitizer yang disediakan di atas tabung derma.
Jemaah yang batuk dan selsema tidak digalakkan untuk solat berjemaah di surau. Sekiranya ingin turut bersolat jemaah juga, pastikan memakai penutup muka yang bersesuaian.
Jemaah yang berisiko tinggi dinasihatkan agar solat di rumah sahaja.
Kepada yang ada tanda-tanda gejala Covid-19, diminta agar segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan saringan awal. Dan, mereka yang pernah bertemu dengan mereka yang disyaki terkena Covid-19, dinasihatkan agar berehat di rumah untuk self quarantine.
Marilah kita berdoa agar kejiranan kita terhindar dari wabak Covid-19, dan jemaah kita yang telah disyaki terjangkit virus tersebut, kembali pulih segera.