Penawar Sakit Kepala Teruk dan Migraine


Sakit kepala akibat Migraine… Hanya yang pernah mengalaminya saja yang tau betapa azabnya sakit kepala ni. Kami pernah menyaksikan seorang rakan yang sedang berjuang menghadapi peperiksaan akhir semester terkena migraine. Terlalu sakit sehinggakan beliau sanggup menghantukkan kepala ke dinding almari.

Apabila terkena penyakit ini, memang pesakitnya akan menderita. Kepala berdenyut hebat, dunia seakan kelam. Memang kesian tengok keadaannya.

Penyakit ini pun ada puncanya. Biasanya ia terjadi apabila cuaca terlalu panas, perut masuk angin, silap makan atau minum seperti teh, kopi dan sebagainya. Punca-punca ini berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain. Hanya empunya diri yang boleh kenal apa punca mereka terkena sakit kepala migraine ni.

Jika ke klinik atau hospital, doktor akan memberikan ubat migraine. Apa pun nama ubatnya, ia adalah sejenis dadah yang semestinya mempunyai bahan kimia untuk menahan sakit. Bahan kimia ini jika berterusan ditelan boleh memudaratkan badan kita.

Jadi, seeloknya pesakit kepala migraine ini perlu mencari alternatif lain untuk mengurangkan atau menghilangkan penyakit mereka. Carilah ubat-ubatan herba yang tidak mengandungi bahan kimia untuk diamalkan.

Ustaz Sharhan Shafie, pengamal perubatan Islam

Pesakit juga boleh mengamalkan ayat daripada Al-Quran untuk menjadi penawar penyakit sakit kepala migraine ini. Kami kongsikan ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk tujuan ini. Ini didedahkan oleh pengamal perubatan Islam, Ustaz Sharhan Shafie di dalam rancangan Tanyalah Ustaz di NTV7 tidak lama dahulu. Kami sertakan video tersebut bersama artikel ini.

Ayat yang dimaksudkan adalah ayat 19, daripada Surah Al-Waqiah:

Ayatnya pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Baca doa ni, hembus pada telapak tangan kanan dan tekan pada bahagian yang sakit di kepala. InsyaAllah jika selalu diamalkan dengan yakin dan mengharapkan pertolongan serta keredhaan Allah, sakit kepala migraine akan berkurangan. Yang selalu sakit berulang-ulang tu, insyaAllah ia akan bertambah baik dan berkurangan.

Kita berusaha dan berdoa. Selebihnya kita berserah dan bertawakkal kepada Allah. Sakit ni pun ujian daripada Allah juga nak tengok kita macamana. Tinggi kesabaran kita, tinggilah darjat kita di sisiNya. Lagipun sakit juga penghapus dosa kita..

Amalkanlah. Sekurang-kurangnya dengan kita berusaha berubat menggunakan ayat Al-Quran, kita semakin dekat dengan Allah. Pahala pun bertambah.. InsyaAllah.

Selamat beramal..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini