Misteri kehilangan seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Gunung Singai, Bau, Sarawak sejak seminggu lalu kini ditemui dalam keadaan lemah.
Stanley Kho yang berusia 22 tahun dikatakan hilang selepas mendaki gunung tersembut sendirian pada pukul 8 pagi, 17 September lalu. Laporan berhubung kehilangan mangsa dilakukan pada hari yang sama jam 4.35 petang oleh tiga rakannya yang mendapati kenderaan Kho masih berada di kaki gunung berkenaan.
Hampir 300 anggota penyelamat pelbagai agensi menjalankan misi menyelamat sejak seminggu lalu bagi menjejaki mangsa. Operasi menjadi sukar kerana tiada petunjuk tentang lokasi kehilangan mangsa.
Usaha juga dilakukan melalui bantuan beberapa orang ‘bomoh’ dan menariknya kesemua bomoh tersebut mengatakan Stanley masih hidup dan sedang berada di dalam alam bunian.
Stanley Kho, ditemukan dalam keadaan lemah di dalam gaung berbatu di kaki gunung berkenaan iaitu kira-kira 300 meter dari pos kawalan bomba di situ. Jeritannya meminta tolong pada awal pagi tadi berjaya didengari oleh penduduk kampung sebelum mangsa ditemui sekitat jam 4.30 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 8.30 pagi.
“Mangsa yang dalam keadaan amat lemah kini sudah dibawa keluar dan diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.
Berdasarkan perbualan ringkas antara Stanley dan pihak berkuasa, mangsa dikatakan terserempak wanita cantik ketika sedang mendaki dan cuba mengekori wanita tersebut tanpa menyedari bahawa dirinya telah hilang dari dunia nyata.
Misteri kewujudan alam bunian semakin menjadi tanda soal di kalangan penduduk selepas penemuan mangsa yang sesat selama 7 hari di dapam hutan.