Pemain tonggak Liverpool yang kini menjaringkan 12 gol musim ini, Mohamed Salah terlepas hukuman digantung perlawanan selepas didakwa menipu pengadil perlawanan bagi mendapatkan sepakan penalti menentang Newcastle baru-baru ini.

Salah didakwa merebahkan badan dengan sengaja bagi mendapatkan penalti selepas bahunya disentuh pertahanan Newcastle, Paul Dummett yang telah memberikan sepakan penalti untuk Liverpool pada minit 47.
Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) mengesahkan insiden pada babak kedua itu tidak menyalahi peraturan badan induk itu dan tidak boleh didakwa atas tuduhan cuba menipu pegawai perlawanan.
Pada perlawanan itu, Liverpool berjaya menewaskan Newcastle 4-0 dan penalti yang dimiliki Salah dilihat sebagai satu kesalahan.
Keputusan itu memberikan kelegaan kepada pasukan Liverpool kerana pemain kelahiran Mesir itu boleh disenaraikan bagi perlawanan penting Liga Perdana menentang Arsenal dan Manchester City selepas ini.