Perginya Satu Bakat Berharga Bolasepak Negara


Masih ingatkah anda dengan FINALIS Kem Bola Astro-Barcelona 2016 Muhammad Haziq Azeman yang mempunyai bakat hebat dalam bolasepak?

Beliau yang kini berusia 13 tahun dan merupakan pelajar pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.10 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di ibu negara malam tadi.

Beliau sebelum ini dilaporkan menghidap t-lymphoblastic lymphoma sejak Februari lalu.

Menyorot kembali kecermerlangan Haziq dalam arena bolasepak. Beliau yang digelar Haziq ‘Messi’ kerana bakat dan kelicikannya di tengah padang adalah antara 16 pemain bola sepak remaja dari Malaysia, Filipina serta Singapura yang terpilih menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Haziq mula bermain bola sepak ketika berusia enam tahun dan bermain untuk pasukan Tunas Lagenda FC (TLFC) sejak 2013 hingga sekarang yang diuruskan oleh lagenda bola sepak negara, Bakri Ibni.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Kota Gelanggi 3, Jerantut, Pahang selepas solat Jumaat hari ini.

Hilangnya satu bakat bolasepak remaja negara…


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini