Peringatan! Kisah tauladan kaum yang dilaknat Allah.


Masihkah kita ingat kisah-kisah nabi yang sering diceritakan zaman persekolahan dahulu. Antara yang masih segar diingatan pastinya kisah kaum Nabi Luth yang telah menerima azab Allah disebabkan perbuatan mereka yang sukakan kaum sejenis. Jika anda lupa, mari kita ingatkan kembali kisah kaum yang telah dilaknat Allah sebagai pengajaran bersama.

Nabi Luth
Ummat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan menyimpang iaitu homoseksual dan lesbian. Allah kemudiannya memberikan azab berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancur rumah mereka. Dan kaum Nabi Luth akhirnya tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri. (Alsyu’araa : 160, Annaml : 54, Alhijr : 67, Alfurqan : 38, Qaf : 12)

Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selamawa 950 tahun, namun yang beriman sekitar 80 orang sahaja. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh. Lalu Allah mendatangkan banjir yang besar yang kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar termasuk anak dan isteri Nabi Nuh. (AlAnkabut : 14)

Kaun Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Allah kemudiannya mendatangkan angin yang dahsyat disertai guruh yang menggelegar sehingga mereka tertimbus pasir dan akhirnya binasa. (AtTaubah : 7, AlQamar : 18, FushShilat : 13, Annajm : 50, Qaaf : 13)

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka. (Alhijr : 80, Huud : 68, Qaaf : 12)

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka suka melakukan penipuan dalam perdagangan. Bila membeli mereka minta dilebihkan, bila menjual mereka selalu mengurangi. Allah mengazabkan mereka dengan haba yang sangat panas. Walaupun mereka cuba berlindung di tempat yang teduh namun ia tidak berupaya melepaskan rasa panas yang akhirnya mereka binasa. (Attaubah : 70, Alhijr : 78, Thaaha : 40, Alhajj : 44)

Firaun
Firaun sering menindas kaum Bani Israil. Allah mengutuskan Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun atas azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Ia akhirnya tewas di laut mereka dan jasadnya sehingga kini masih boleh dilihat di Muzium Mumi, Mesir. (Albaqarah : 50, Yunus : 92)

Kaum Saba
Mereka diberi pelbagai kenikmatan berupa tanaman yang subur dan kemakmuran rakyat. Namun mereka enggan beribadan kepada Allah walau telah diingatkan oleh Nabi Sulaiman. Akhirnya Allah menghancurkan mereka dengan banjir besar. (Saba : 15 – 19)


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini