4 perkara ini tolonglah dijadikan amalan. Ini pesan Rasulullah, Rasul yang maksum yang segala perbuatan dan perkataannya adalah ilham daripada Allah. Jika nabi dah cakap macam tu, mesti ada sesuatu yang baik untuk ummahnya…
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah”.
Bertanya Siti Aisyah:
“Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali. Ia seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran
Bismillaahirrahmaanirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )
2. “Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad (3x)
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
Astaghfirullaah hal ‘adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih (3x)
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar
(3x)
Senang jer kan? Jom kita sama-sama jadikan ini sebagai amalan harian kita sebelum tidur. Moga kita semua dirahmati dan diredhai Allah hendaknya. Dan jika kita diambil nyawa semasa tidur, moga kematian kita menjadi kematian husnul khatimah..!
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka anda juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah…