Pesanan untuk mereka yang ingin menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya


Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2018 kerana menjadi simbol kepada pusat pemerintahan kerajaan. Sambutan Hari Kebangsaan ke 61 tahun ini turut menjadi sambutan kemerdekaan yang penuh bersejarah kepada negara kerana buat pertama kali diadakan dibawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi anda yang bercadang untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan yang akan berlangsung esok hari, berikut ada beberapa pesanan kepada anda.

  1. Datang seawal mungkin bagi mengelakkan kesesakan.
  2. Gunakan perkhidmatan shuttle bas yang disediakan untuk ke lokasi perarakan.
  3. Jika anda datang bersama anak-anak, pakaikan mereka pakaian yang sama supaya lebih mudah anda mengawasi anak anda.
  4. Jika boleh, elakkan membawa stroller kerana keadaan pastinya sesak dan ia menyukarkan pergerakan anda.
  5. Bawa baby carrier jika perlu untuk anak kecil.
  6. Bawa air minuman terutamanya kepada anak anda.
  7. Pakaikan anak anda topi kerana cuaca mungkin panas. Bawa juga payung yang boleh dilipat kecil dan simpan di dalam bag untuk digunakan apabila hujan. Anda pasti tidak mahu melihat anak kecil anda kebasahan dalam hujan.
  8. Caj handphone anda sepenuhnya. Elakkan handphone anda kehabisan batery kerana jika anda terpisah dari pasangan, anda masih boleh berhubung.
  9. Bawa bekal makanan untuk si kecil.
  10. Pakai kasut! Anda pasti akan banyak berjalan.

Jika anda ada pesanan tambahan boleh berikan di ruangan komen.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini