•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tahun 2018 sahaja, sudah beberapa kes melibatkan kematian bayi kecil dilaporkan. Antara sebab utama kematian anak kecil yang tidak berdosa ini disebabkan kecuaian penjaga dan kurang ilmu pengetahuan mengenai tindakan segera yang patut diambil semasa di dalam situasi kecemasan yang melibatkan anak kecil.

Kali ini, kami ingin kongsikan informasi daripada Dr.Suriyakhatun mengenai sindrom Shaken Baby yang berpotensi memberi kesan buruk atau maut ke bayi kecil.

Kes dera bayi semakin banyak di ketengahkan sehingga ada yang pos video yang mungkin diambil oleh pemangsa atau kuncu pemangsa.

Ini satu perkembangan yang tidak sihat dan bagi saya akan ada orang yang sakit otak akan tiru.

Kita juga dikejutkan dengan ibu kelar anak sehingga mati dan pengasuh mendera anak sehingga mati dari pendarahan di otak. Mungkin anak itu banyak menangis menyebabkan pengasuh menjadi marah lalu dia ketuk kepala bayi atau goncang bayi terlalu kuat.

Bayi lebih mudah mendapat pendarahan di otak dan boleh mendapat pendarahan bila di goncang . Sebeb ini tidak digalakkan menghayun bayi terlalu kuat dan laju dalam buai.

simptom shaken baby

Ibu yang mengalami depresi akan cepat marah serta kurang sabar . Ramai kes mendera bayi atau anak adalah dari ibu mereka sendiri dimana ibu mengalami depresi dan kadangkalanya depresi ini adalah selepas bersalin ( post natal depression)

Bagi pengasuh atau pembantu yang mendera bayi, saya rasa mereka ini pun mengidap sakit jiwa atau ada perasaan marah yang dilepaskan kepada anak di bawah jagaan mereka sebab tak mungkin orang yang tidak ada sakit jiwa mendera anak yang tidak ada dosa itu .

Baca juga  6 Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut (HFMD) Yang Kita Wajib Tau...!

Ada anak yang susah nak jaga sebab terlalu banyak menangis, susah tidur dan susah nak dipujuk menyebabkan ibu bapa menjadi terlalu penat menjaga anak-anak bermasaalah ini. Anak begini selalunya ada penyakit.

Menangis tanpa boleh dipujuk dengan mudah adalah kerana anak itu tidak selesa, mengalami sakit atau emosi amat terganggu. Dapatkan rawatan awal dan pastikan punca menangis itu cepat ditangani .

Kredit: medicalartlibrary.com

Dalam kes begini, walaupun ibu-bapa atau penjaga tidak mendera anak itu, perasaan meluat atau benci mungkin timbul sebab mereka menjejaskan dan menyusahkan ibu-bapa atau penjaga.

Perasaan meluat ini dapat dirasa oleh anak dan akan menjejaskan lagi emosi anak yang sudah sakit itu menambahkan sakit mereka.

Awas ibu-bapa yang ada pengasuh atau hantar anak ke nurseri.

Jika anak tiba-tiba dapat muntah yang memancut , terlalu banyak tidur, lemah anggota badan , segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi sebab ia mungkin petanda shaken baby dan mungkin ada pendarahan di otak .

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini