Satu cabaran bila tiba musim panas seperti di Malaysia sekarang ini adalah ketidakselesan pada anak tekak. Cuaca panas & kering boleh menyebabkan sakit tekak yang berpanjangan. Bila sakit tekak menjadi semakin kronik, hendak menelan air liur pun terasa peritnya.

Orang-orang tua selalu mengaitkan sakit tekak dengan kekurangan pengambilan air atau pun ‘panas dalam’ badan. Sebenarnya, sakit tekak atau “sore throar” bukan hanya disebabkan kekurangan air dalam badan. Antara punca lain sakit tekak ialah:

  1. Jangkitan bakteria
  2. Jangkitan virus
  3. Kelenjar limfa membengkak
  4. Tonsilitis
  5. Demam, selesema
  6. Alahan
  7. Asap atau kesan bahan kimia atau perengsa
  8. Refluks Gastroesophageal (GERD)
  9. Tumor

Gejala sakit tekak berbeza bergantung kepada penyebab sakit ini terjadi. Tekak sakit menyebabkan anda akan mengalami:

  1. Gatal
  2. Melecur
  3. Kering
  4. Kenyal
  5. Pedih

Ia mungkin menyakitkan apabila anda menelan atau bercakap. Tekak atau tonsil anda juga mungkin kelihatan merah. Kadang-kadang, tompok putih atau kawasan nanah akan terbentuk di atas tonsil. Tompok-tompok putih ini lebih kerap berlaku di tekak strep daripada sakit tekak yang disebabkan oleh virus. 

Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Bahan Semulajadi.

1# Minum Lebih Banyak Air Masak

Photo via medicalnewstoday.com

Perkara utama yang perlu anda lakukan perlu lebih banyak minum lagi air putih. Apabila anda kurang minum air putih, boleh menyebabkan anak tekak anda jadi kering. Amalan minum air putih ada rawatan semulajadi terbaik bagi menghindarkan daripada kena masalah ini

2# Kumur Dengan Air Garam

Air garam membantu meredakan bengkak dan membantu mengeluarkan kahak di tekak. Ia juga berkesan untuk mengurangkan perit di tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi ketika ingin makan dan minum.Cara ini secara tidak langsung mampu menghilangkan sakit tekak dan batuk.

Hanya perlu mengambil segelas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. Petua bagi menghilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang.

3# Makan Aiskrim Vanila

Airkrim Vanila Legakan Sakit Tekak

Apa hubunga kait ais krim vanila dengan sakit tekak? Aiskrim perasa lain seperti coklat atau jagung juga berkesan? Hal ini kami tidak dapat pastikan. Yang pasti, aiskrim adalah makanan sejuk, sedikit sebanyak ianya mampu mengurangkan keradangan pada anak tekak. Bagaimana pula dengan air batu? Ais batu akan menyebabkan batuk anda bertambah teruk.

Baca juga  10 Fakta Tentang Ciri Borderline Personality Disorder

4# Madu

Madu mempunyai berbagai khasiat terapeutik seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bangkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral.

Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan lebih cepat.

5# Minum Air Suam

Minuman suam dapat melegakan rasa perit pada tekak anda. Antara minuman suam yang dapat melegakan sakit tekak anda adalah seperti teh panas dengan madu, air renehan sup, dan air suma dengan lemon. Teh herba adalah antara minuman paling berkesan untuk melegakan sakit tekak yang dialami.

6# Kunyah Bawang Putih.

Bawang putih mengandungi ailicin untuk melawan kuman dan bakteria.

Ambil bawang putih sebanyak 2 ulas. Masukkan di kiri dan kanan mulut anda. Jika anda mampu mengunyah, ianya lebih baik supaya kandungan ailicin yang terdapat dalam bawang putih dapat membantu melawan kuman dan bakteria. Sesekali anda boleh hisap selepas kunyah. Ini bukan perkara biasa-biasa.

7# Minum Air Lemon

Lemon juga sinonim dengan rawatan bagi tonsillitis secara semulajadi dari rumah kerana memiliki kandungan nutrien yang tinggi  seperti antivirus, antiradang dan antibakteria. Bahan utama lemon iaitu vitamin C pula dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit.

Cara penggunaannya ialah dengan menyediakan air suam yang ditambah dengan perahan sebiji lemon, secubit garam dan sesudu madu. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang cepat.

Dapat Rawatan Lanjut Daripada Doktor

Cara menghilangkan sakit tekak menggunakan bahan semulajadi hanyalah alternatif yang boleh dilakukan sebagai langkah awal. Jika sakit tekak anda semakin teruk, dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan dan nasihat selanjutnya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini