Petua Dan Cara Mudah Hilangkan Bau Hapak Dan Busuk Di Dalam Kereta.


Bagi sesetengah individu, kereta adalah ‘rumah kedua’ pada mereka. Terutama pada mereka yang berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan terperangkap di dalam kesesakan lalulinta pada waktu pagi dan petang. Jadi, keselesaan di dalam kereta amat penting. Bau hapak dan kurang menyenangkan di dalam kereta boleh membuatkan ‘mood’ harian anda hilang entah ke mana.

Sebab Bau Hapak Di Dalam Kereta

Bau hapak atau busuk di dalam kereta boleh disebabkan beberapa faktor. Faktor utama semestinya kelembapan akibat air di tempat duduk atau bahagian karpet bawah kereta.

Selain itu, mungkin juga akibat kesan muntah anak-anak yang tidak dicuci dengan bersih di tempat duduk belakang atau pun sisa makanan yang tertinggal di dalam kereta. Sekiranya bau hapak atau busuk ini hadir, ianya memakan masa sekiranya tiada cara betul menghilangkan bauan ini di dalam kereta dipraktikkan.

Di dalam artikel kali in, kami kongsikan cara dan petua hilangkan bau hapak dan busuk di dalam kereta.

Cara Moden Hilangkan Bau Hapak Dan Busuk Di Dalam Kereta.

Bagi mereka yang ‘malas’ untuk menggunakan kaedah semulajadi, bolehlah membeli pewangi kereta atau ‘air-freshener’ yang banyak dijual di pasaran. Pelbagai jenama, pelbagai cara guna pewangi kereta ini. Kebanyakan menggunakan bahan kimia yang kita tidak tahu kesan jangka masa panjanganya.

Ada yang mengambil alternatif menghilangkan bau hapak kereta menggunanakan cara semulajadi. Bahan-bahan semualajdi ini pun senang didapati dan murah!

Cara Murah Hilangkan Bau Hapak Dan Busuk.

#1 Guna Kopi. Kopi Bersifat Menyerap Bau.

  1. Sediakan satu bekas plastik yang ada cover seperti bekas bubur yang dijual di pasar malam.
  2. Ambil getah dan tisu.
  3. Masukkan 1 sudu serbuk kopi. Nescafe pun boleh.
  4. Kemudian tutup bekas itu dengan tisu dan getahkan.
  5. Letak di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang.
  6. InsyaAllah, serbuk kopi tadi akan menyerap bau yang kurang menyenangkan.

petua hilang bau hapak kereta

#2 Arang Meneutralkan Bau.

Selain kopi, arang juga mampu meneutralkan bau hapak, bau busuk atau bau kepam di dalam satu-satu kawasan tertutup. Meneutralkan bau adalah cara terbaik sebelum anda semburkan sebarang pewangi kereta.

Jika tidak, gabungan bau hapak dan bau pewangi akan menghasilakn bau yang lebih teruk!

gamabr arang

#3 Soda Penaik Juga Boleh Hilangkan Bau Dengan Berkesan.

Kalau tak ada kopi atau arang, boleh juga cari soda penaik atau ‘baking soda’ . Baking soda juga bersifat menyerap bau seperti kopi dan arang.

Anda boleh meletakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik ke dalam kereta seperti kopi di atas.

Anda juga boleh taburkan dulu soda penaik ini ke atas lantai kereta atau bahagian yang berbau kuat sebelum mencuci dan vakum kereta. Biarkan 2-3 jam untuk ia menyerap bau. Kemudian, boleh vakum.

Selalu juga orang gunakan teknik ini untuk menghilangkan bau hancing pada tilam kerana ia efektif untuk menyerap bau.

gambar baking soda

#4 Daun Pandan Mengeluarkan Bau Wangi Semulajadi.

Hiriskan beberapa helai daun pandan dengan nipis. Masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka. Biarkan begitu sahaja di dalam kereta untuk beberapa hari.

Daun pandan itu akan menghasilkan bau yang harum dan lebih segar di dalam kereta.

daun pandan wangi

#5 ‘Spray’ Semujadi Daripada Lemon/Limau Kasturi.

Ambil langkah bijak sebaik sahaja ada tumpahan di dalam kereta. Langkah pertama, basuh seperti biasa. Kemudian perah lemon atau limau kasturi di kawasan tumpahan tadi. Biarkan seketika sebelum membilasnya.

Jus lemon atau limau kasturi juga boleh dijadikan ‘spray’ pewangi kereta.

Bagaimana? Perahkan jus lemon dan campurkan dengan sedikit cuka. Campuran ini boleh menghalangkan kulat dan menghilangkan bau hapak. Spray di dalam kereta kemudian anginkan.

Selamat mencuba!


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini