Petua dan Cara Rawat Bisul Dengan Berkesan

rawat bisul

Pada anda yang pernah terkena bisul, pasti tahu tahap mana keperitan menahan denyutan bisul tersebut. Sudahlah perit berdenyut, nak berjalan pun susah (apabila terkena di bahagian kaki atau punggung), terasa sakit menyengat. Di bahagian bonjolan bisul pula, kelihatan bahagian putih yang mengandungi nanah di dalamnya.

Ikutkan hati, mahu di picit dan ditekan supaya keluar nanah itu. Pasti lega. Jangan!

Jangan pecahkan bisul guna jarum, nanti disebabkan jarum, bisul boleh terkena jangkitan bakteria atau kuman, melambatkan lagi proses sembuh.

Manakala nanah yang mengalir dari bisul pula boleh menambah lagi bisul pada anggota badan.

Cara Tradisional Merawat Bisul.

  1. 1 sudu makan sudu
  2. 1 sudu makan tepung
  3. 1 kuning telur

Adun semua bahan-bahan di atas dan simpan di dalam peti sejuk.

Sapukan adunan di atas di atas benjolan bisul.

Kemudian tutup dengan sehelai kertas nipis.

Selepas 3 jam, buang kertas dan adunan tadi. Bersihkan bahagian luka bisul dan ulang sekali lagi. Ulang sehingga hilang rasa sakit akibat nanah.

bisul

Selain cara di atas, anda juga boleh menggunakan cara seperti di bawah:

  • ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat bisul. Lakukan beberapa kali sehingga bisul surut dan sembuh.
  • Tumbuk bawang putih sehingga hancur. Sapukan bawang putih tersebut di atas bisul, dan balut. Ulang sehingga bisul hilang.
  • Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada sekeliling bisul. Biarkan sehingga kering. Amalkan sehingga bisul hilang.
  • Rendam segenggan beras dan beberapa ketul kunyit hidup. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Letak pada bisul sehingga kering.
  • rendam tuala dalam air panas, perah dan tuam pada bisul dalam lima hingga 10 minit. Lakukan tiga atau empat kali sehari. Ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.

Cara Moden Merawat Bisul.

  • Sapu Krim Antibakteria

Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap.

Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan  tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider).

  • Berjumpa dengan Doktor

Sekiranya bisul anda tidak surut dalam masa  5,6 hari dan saiz membesar melebihi 5 cam, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutya. Dalam keadaan normal, doktor akan melakukan 2 rawatan awal iaitu:

  1. Memecahkan bisul dan memulakan antibiotik.
  2. Melakukan pembedah kecil dan membuang bahagian yang terkena bisul. Seterusnya, anda akan melakukan proses pembersihan luka (dressing) sehingga sembuh.

Bisul tidak berbahaya pada kesihatan sekiranya rawatan awal diambil. Sekiranta tidak dirawat, bisul boleh menyebabkan keracunan darah dan boleh mengancam nyawa.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini