Esok, 10 Zulhijjah, umat Islam akan meraikan Hari Raya Korban atau Aidiladha di mana hari ini merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbananNabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Keistimewaan Aidiladha berbanding hari lain ialah ibadat korban yang hanya boleh dilakukan pada empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Lazimnya, di Hari Raya Korban ini, kita di Malaysia sangat bermewah dengan bekalan daging korban. Tak dinafikan, sepanjang masa selepas 10 Zulhijjah, boleh dikatakan hari-hari menu masakan di rumah ada daging, sama ada, daging goreng kunyit, daging bakar, sup daging, kari daging dan sebagainya.
Sesetengah orang apabila mereka banyak makan daging, kepala akan menjadi sakit dan pening. Bagi mereka yang menghadapai masalah ini selepas memakan daging, janganlah terus beranggapan ia ada kaitan dengan faktor kolesterol atau darah tinggi. Paling afdal, lakukan pemeriksaan. Sekiranya didapati anda bebas daripada penyakit ini, bolehlah amalkan petua semualajadi hilangkan sakit kepala atau pening selepas makan daging.
Petua Kurangkan Sakit Kepala Akibat Makan Daging Banyak.
1# Minum Air Asam Gelugor
- rendamkan asam keping (asam gelugor) 2-3 keping dalam air panas dan ditutup supaya wap tak keluar…..(rendam dalam cawan)…
- selepas dah suam-suam air tersebut…..kita minum air tersebut sampai habis.
- Mula-mula memang masam sangat……selepas 30-40 minit …rasa pening kepala akan mula hilang.
2# Minum Teh O Panas
- Teh O panas membantu melarutkan kandungan zat besi yang terdapat di dalam daging terutama daging kambing.
- Minumlah teh O panas selepas anda memakan daging.
3# Minum Air Limau Kasturi
- Perah limau kasturi di dalam air suam dan minum.
- Makan sebiji limau kasturi sekali dengan kulitnya.
4# Minum Air Halia Bakar
- Ambil halia segar dan bersihkan.
- Bakar menggunakan arang/dapur, jangan sampai rentung.
- Kemudian, kupas kulit halia yang dibakar tadi.
- Bersihakan dan masukkan di dalam gelas.
- Tuang air panas. Tunggu lebih kurang 5 minit supaya pati halia larut.
- Selepas satu jam, insyaallah pening kepala anda akan hilang, dengan izinNya.
4 petua semulajadi ini bolehlah diamalkan sekiranya anda pening atau sakit kepala akibat makan daging. Bahan-bahan pun mudah untuk diperolehi. Bolehlah cari bahan tersebut hari ini sebagai persediaan untuk Hari Raya Korban esok.
Thank you for sharing your precious knowledge. Just the right information I needed. By the way, check out my website at QH8 about Cosmetic Treatment.