Angin Ahmar atau lazimnya dikenali sebagai Stroke adalah penyakit kronik yang biasa dialami oleh rakyat negara ini.

Antara punca utama adalah kolestrol jahat yang menghalang oksigen sampai kebahagian otak kita. Ini akan menyebabkan anggota badan yang yang dikawal oleh otak tersebut akan gagal berfungsi.

Dalam Islam, Angin Ahmar juga dikaitkan dengan satu kisah iaitu kisah Rihul Ahmar (Angin Merah) yang dikatakan berdialog dengan Nabi Sulaiman. Namun cerita tentang perkara tersebut tidak ada sandarannya.

Jika ahli keluarga ataupun rakan terkena stroke, bersegeralah bawa pesakit ke hospital. kegagalan berbuat demikian dikhuatiri akan menyebabkan keadaan pesakit akan bertambah serius.

Ini adalah kerana hospital mempunyai doktor pakar yang memang tahu akan selok belok penyakit ini secara terperinci.

Petua penyakit Angin Ahmar / Stroke

Bahan-bahan:

  1. Pokok Letup Kelambu (sepokok – daripada buah hingga ke akar.
  2. 3 gelas air

Cara penyediaan:

  • pokok Letup Kelambu tadi, hendaklah dibasuh daripada buahnya, daun batang dan juga akar. 
  • Masukkan ke dalam periuk rebusan dan rebus dengan 3 gelas air
  • Tunggu sehingga air rebusan tersejat sehingga tinggal menjadi kira-kira segelas Sahaja
  • Minum air rebusan yang tinggal ini segelas pagi dan segetals petang
  • Amalkan setiap hari selama 3 hari.
Baca juga  KKM Lancarkan Talian WhatsApp Untuk Melaporkan Kesalahan Larangan Merokok Di Restoran

InsyaAllah dengan berkat usaha dan doa, penyakit akan dapat disembuhkan. Yang pasti jangan kenal putus asa.

Moga dengan petua ini akan memberi manfaat kepada semua. Sila kongsikan untuk manfaat bersama.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini