Petua Sakit Gout Dengan Jus Mentimun


Penyakit Gout terjadi disebabkan oleh badan kita yang mengandungi Uric Acid yang tinggi. Ia biasanya terjadi selepas pesakit memakan makanan yang mengandungi Uric Acid yang tinggi seperti Udang, Kerang dan banyak lagi makanan laut.

Simptom yang biasa dilihat apabila datangnya penyakit ini ialah sendi-sendi tubuh badan kan membengkak. Ianya amat menyakitkan dan ia menghalang aktiviti harian pesakit.

Namun ada berita baik kepada pesakit Gout. Terdapat petua yang ringkas dan mudah untuk melegakan dan menghilangkan penyakit Gout ini.

Petua sakit Gout dengan jus mentimun

Bahan-bahan (untuk 2 gelas jus) :

  1. Sebatang mentimun yang sederhana besar
  2. 3 hiris lemon (buang biji)
  3. 2 batang Saderi
  4. 2 gels air masak

Cara Penyediaan:

  • Bahan-bahan di atas hendaklah dikisarkan semuanya di dalam satu blender
  • jangan campurkan gula
  • kemudian tapis air tadi berserta hampas kisaran dengan penapis.
  • air tapisan ini (2 gelas) boleh terus diminum segitu sahaja.
  • Jangan risau, rasanya jus ini memang sedap dan baunya harum.

Cara meminum

Minumlah segelas di waktu pagi dan segelas di waktu malam. Amalkan secara istiqamah selama 1 bulan.

InsyaAllah dengan izin Allah penyakit Gout akan hilang…!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini