Petua / Tips Elakkan Sakit Jantung

Doctor drawing ecg heartbeat chart with marker on whiteboard concept for healthcare and medicine

Sakit Jantung adalah antara penyakit pembawa maut yang utama di Malaysia. Ia biasanya menyerang secara tiba-tiba. Mangsanya pula tidak kira samada yang aktif bersukan ataupun tidak aktif. Itu yang menyebabkan orang takut pada penyakit ini.

Pelbagai ubat sakit jantung di pasaran. Kebanyakannya yang mengandungi bahan kimia. Ubat-ubatan ini jika diambil terlalu banyak, dikhuatiri akan memberi kesan kepada buah pinggang pula. Ubat-ubatan ini bukanlah menghentikan sakit jantung. Ia cuma melegakan sahaja.

Kali ini kami suka berkongsi tentang satu resepi ataupun tips petua untuk menghilangkan sakit jantung. Yang bagusnya ia adaah amalan tradisional tanpa melibatkan bahan kimia.

Tips/petua/resepi elakkan sakit jantung

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Madu.
sick man suffering from heart attack

CARA-CARA

  • 3 ulas bawang putih tu dicincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.
  • Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupa-rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7. Menambahkan daya ketahanan badan

8. Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9. Mencegah penyakit kanser

10. Mengurangkan sakit arthritis

11. Boleh menurunkan berat badan

Resepi ini juga terbaik jika ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan.

Gunakan sudu plastik sewaktu menceduk madu berserta bawang putih untuk dikemam. Sudu besi dikatakan boleh menghilangkan zat dan khasiat madu itu sendiri.

Selamat mencuba. Kongsikan kepada orang lain juga supaya jadi manfaat kepada mereka dalam melawan penyakit pembunuh yang utama di Malaysia ini.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini