Program Sekolah Tanpa Tunai Mungkin Diperkenalkan Kelak


Teknologi berkembang pesat bagaikan tiada penghujungnya. Bagi memastikan ianya bergerak seiring dengan penggunaan, kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan bagi mengelakkan mereka ketinggalan jauh di belakang.

Begitu juga yang terjadi dengan arena transaksi tanpa tunai yang semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan pengguna. Dibandar-bandar utama, penggunaan aplikasi ewallet bagi urusan tanpa tunai sudah mula menjadi perhatian peniaga-peniaga yang ingin memudahkan urusan pembeli.

Justeru itu, untuk terus mengenengahkan transaksi tanpa melibatkan tunai kepada masyarakat tanpa mengira peringkat umur, kini Kementerian Pendidikan dalam perancangan untuk meluaskan lagi serta mengembangkan konsep program sekolah tanpa tunai seperti membeli makanan atau buku yang akan direkodkan menggunakan kad debit yang dikeluarkan sekolah atau bank, ataupun mungkin juga pada pembayaran boleh dilakukan hanya menerusi Kod Maklum Balas Pantas (Kod QR) ataupun pengecaman wajah sahaja.

Program sekolah tanpa tunai ini dijangka akan dijayakan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak Bank Simpanan Nasional, dan sebagai permulaan berkemungkinan ianya akan dijalankan disekolah-sekolah terpilih terlebih dahulu.

Inisiatif ini difikirkan perlu diimplementasikan dalam urusan seharian pelajar kerana ia dilihat dapat membantu mengatasi atau mengurangkan risiko pelajar kehilangan atau kecurian wang.

Disamping itu juga, sekiranya penawaran program ini ditawarkan dengan penggunaan aplikasi yang bersesuaian, ia juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk pemantauan perbelanjaan anak-anak yang lebih komprehensif.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini