Semalam, pasti ramai yang mengalirkan air mata melihat bagaimana anak kecil seawal usia 5 bulan dijumpai maut dengar cara yang tidak sepatutnya. Besar manakah ‘nakal’ anak seusia itu? ..sehingga sanggup diperlakukan sebegitu rupa.
Takziah saya ucapkan kepada bonda dan ayahanda Adik Adam Rayqal.
Walaupun kita diselebungi kesedihan kerana inilah fitrah kita sebagai manusia, ketahuilah Adam sekarang berada dalam jagaan ALLAH Yang Maha Sempurna Kasih Sayang dan Kekayaannya.
Adam kini berada dalam kesempurnaan yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kita. Adam sudah selesai urusannya di dunia dan terjamin bersenang-lenang di syurga, kita ini yang masih tergantung amalan dan nasib kita.
Berbahagialah bonda dan ayahanda Adam! Dalam duka mengenangkan kekejaman individu tertuduh ke atas Adam, yakinlah ALLAH Maha Adil akan mengadili semuanya.
Khabarkanlah berita yang baik-baik dan gembira sahaja buat keluarga yang terlibat.
Jangan dicurah lagi garam ke atas luka yang berdarah.
Jangan ditambah lagi dosa kita yang dah sudah berlembah-lembah.
Di saat semua orang tengah berduka dan merasa terkesan dengan berita ini, ada baiknya jika kita yang tidak berada dalam kasut mereka yang terlibat untuk lebih berhati-hati dengan pandangan dan tulisan kita.
Nasihat tentang teliti mencari pengasuh, consideration untuk berhenti kerja, turunkan standard of living dan hidup bersederhana – atau apa jua nasihat YANG BAIK – adalah NASIHAT yang wajar untuk kita sampaikan kepada orang lain, CUMA MASANYA KURANG SESUAI jika disebarkan sekarang.
Biarlah jenazah selesai dikebumi dahulu, biar surut pilu di dada, baru kita sembang.
Sekurang-kurangnya kita beri masa untuk pihak keluarga tenang dan sedikit lapang jiwanya.
Nasihat yang baik, sampaikanlah juga pada waktu yang baik.
Ada eloknya, jika kita berhenti beri sebarang nasihat atau tips buat sementara waktu.
Tanpa sedar, nasihat kita seakan-akan menyalahkan ibubapa yang terlibat dan mendabik dada betapa bagusnya kita dalam membuat keputusan untuk anak-anak kita. Ini maksud saya, mencurah garam di luka yang berdarah. Ibubapa itu mungkin sukar memaafkan diri mereka dan sudah cukup trauma, usahlah kita menambah lagi mental torture kepada mereka.
Itulah cadangan saya, ada baiknya kita stop sekejap isu-isu kerja/tak kerja, pengasuh/taska dan sebagainya. Hormati keluarga mangsa.
Just my 2 cents.
Sharifah Zahidah
4 Julai 2018
Al-fatihah kepada dan Salam Takziah daripada kami untuk keluarga Allahyarham adik Adam Rayqal..