Kewujudan barangan “fake” atau tidak original di dalam pasaran Malaysia sudah lama dan sangat sukar dikawal. Fake bukan sebarang fake, sekilas tengok memang tidak sangka ianya fake, maklumlah design dan patternnya sebiji sama dengan yang original. Apatah lagi, barang fake tersebut dipakai dan diguna oleh selebriti atau individu terkenal yang memang kaya dan acah-acah kaya.
Ye la, kalau tak acah-acah kaya, rasanya beliau akan menggunakan barangan yang asli dan original. Bagaimana pula kalau si kaya turut mengguna-pakai barangan yang tidak original?
Mujurlah ada IG Streetwearbustamy yang berani mendedahkan sama ada barangan yang dipakai oleh individu terkenal di Malaysia berstatus asli atau fake.

Rupa-rupanya ramai selebriti femes yang menggunakan barangan tidak asli, lagi teruk apabila ada individu berpengaruh ini yang membuat servis review untuk barangan fake ini.
Eh, ahli perniagaan yang mempunyai produk sendiri pun kantoi. Rasa-rasa kami, bukanlah alasan beliau berbelanja dengan bijak, tetapi tidak berfikir dengan bijak. Bila orang tiru produk keluaran sendiri, dan dijual bebas di pasaran terbuka, tahu pula mengamuk dan mahu saman peniaga yang menjual barangan fake?
Patut atau tidak patut perkara tidak bermoral ini dibiarkan berleluasa?
Anda rasa ramai atau tidak yang akan tertipu dengan tindakan sebegini?
Tidak semua selebriti yang mengguna-pakai barangan fake ini. Ada juga yang sanggup membeli barangan berjenama dan original dengan harga tinggi. Bukan sekadar mereka ini pentingkan kualiti, tetapi pastinya mereka juga tidak mahu peminat mereka membeli produk mereka yang tidak original.
Pujian seharusnya diberikan kepada mereka yang menggunakan produk original. Nampak simple perkara sebegini kan, tetapi sekiranya tiada kawalan dan kesedaran tentang hal sebegini, mana mungkin program “Hapus Cetak Rompak” akan berjaya.
Yang menjadi persoalan kami, siapakah di sebalik Instagram Streetwear Busted Malaysia ini? Sejauh manakah pengesahan mereka (Ori/Fake) terbukti benar.
Hanya jauhari kenal manikam..
Belilah yang original!
Haaa tu la nak Tanya.. Caner depa blh tau barangan tu fake ke ori. Takkan depa pi cek tgk dkt2 kot. Kalu nipu jd fitnah. Doa woo 🤣🤣🤣