Seperti yang kita ketahui, kesemua 12 remaja Thai bersama seorang jurulatih yang telah terperangkap di dalam sebuah gua di Chiang Rai, Siam telah ditemui berada di dalam keadaan selamat. Mereka telah ditemui oleh penyelam2 skuba dari England. Ditemui pada hari yang ke 10 setelah kehilangan mereka diketahui. Tetapi masih terdapat masalah besar bagi kesemua mangsa untuk keluar dengan selamat dari gua tersebut.
Jarak di antara pintu gua dengan tempat mereka sekarang adalah begitu jauh, sekitar 10 km. Kalau berjalan keluar macam tu sahaja takdalah susah sangat, cuma penat sahaja kan?
Masalah terbesar bagi para penyelamat sekarang ialah kebanyakan laluan keluar dari tempat mereka berteduh sekarang di penuhi dengan air. Ada yang dengan kedalaman sehingga berpuluh meter. Musim hujan monsun yang melanda Thailand sekarang mengakibatkan kebanyakkan ruangan gua ditemggelami air. Monsun Thai ini baru sahaja bermula dan akan berakhir dalam masa 4 bulan lagi.
Setakat ini cuma ada 2 cadangan bagaimana untuk mengeluarkan mereka semua. Yang pertama dengan membawa mereka seorang demi seorang dengan menggunakan alat-alat menyelam skuba dengan tangki oksigen dan satu lagi menunggu air surut dalam masa 4 bulan lagi.
Bagi para penyelamat, kedua2nya adalah berisiko besar.

Jarak yang jauh sehingga 10km, laluan-laluan sempit yang terpaksa diharungi ketika menyelam dan adakalanya tangki oksigen terpaksa dibuka dari badan bagi membolehkan badan dan tangki lepas dari laluan sempit tersebut. Bagi profesional tidak ada masalah tetapi bagi remaja2 tersebut ianya adalah masalah besar. Tentu mereka panik, bila panik macam-macam boleh terjadi dan boleh membahayakan mereka dan juga para penyelamat. Kebanyakkan mereka tidak tahu berenang dan ini lebih menyukarkan para penyelamat. Ada juga gambar laluan-laluan sempit yang telah dilalui oleh penyelamat skuba ini dan ianya amat mengerikan, kadang2 muat-muat badan aje.
Pilihan satu lagi adalah menunggu sehingga 4 bulan.
Apa akan terjadi dengan remaja-remaja tersebut dalam masa 4 bulan tu?
Inilah masalah-masalah yang sentiasa bermain-main difikiran para penyelamat ini. Mereka juga telah mengusahakan penghantaran pam-pam air gergasi di lokasi.
Tetapi menurut para petugas di situ, pam-pam air ini tidak begitu bekesan, jumlah isipadu air di dalam gua terlalu tinggi. Kita juga boleh melihat para remaja yang gambar mereka telah tersebar luas, nampak betul kurus, muka masing-masing agak cengkung tetapi nampak masih bersemangat.
Doktor-doktor tentera yang berpengalaman dalam hal-hal menyelam ini telah pun sampai di kawasan remaja ini berkumpul dan makanan serta lampu-lampu telah dipasang di kawasan itu. Harap-harap mereka semua akan dapat dikeluarkan secepat mungkin. Melihat mereka macam melihat anak remaja kita juga.
Kita faham apabila ada para penyelamat Thai ini yang menangis bila kesemuanya dapat ditemui. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka boleh bertahan selama 10 hari dalam keadaan gelap gelita, tanpa makanan, kesejukan dan yang paling tragik, ketakutan bila air semakin menaik, menaik dan menaik sehingga hanya berbaki kawasan sempit untuk mereka semua bernafas.

Keratan rentas, “Pattaya Beach” di sebelah kiri sekali, di situlah 12 remaja dan jurulatih bertahan, cuba perhatikan laluan keluar, banyak dihalang oleh kolam2 air.
Salah satu poster menunjukkan rakyat Thailand bersatu dalam usaha menyelamatkan team “The Wild Boar” ini…tidak kira agama dan puak2, mereka bersatu dan bekerjasama….
Walaupun mereka hanya penjual kue teow kecil-kecilan, mereka sanggup datang ke kawasan operasi dan menawarkan makanan apa yg terdaya mereka buat untuk para petugas dan penyelamat, kesemua gerai-gerai bergerak menyediakan makan percuma..yaa semuanya FOC selagi mereka termampu..
Penyediaan makanan percuma oleh pengusaha2 makanan untuk petugas di kawasan operasi.
Penduduk-penduduk kampung berdekatan juga menyediakan perkhidmatan mengurut untuk petugas2 yang kelesuan, mereka berkhidmat secara sukarela dan percuma.
Pendek kata, tak kira darjat dan pangkat, mereka semua berganding bahu menyokong usaha menyelamat ini.

Salah satu plan kecemasan yang mungkin akan dipraktikkan.
Sila lihat gambarajah di atas:-
1) kemungkinan besar budak budak tu akan diajar berenang dan menyelam secepat mungkin.
2) Masa dah tak banyak. Ramalan cuaca di sana mengatakan pada 8 july nanti taburan hujan adalah sebanyak 33mm.
3) Ditakuti tempat yang mereka berada sekarang semuanya akan ditenggelami air.
THAILAND CAVE RESCUE
Sama-sama kita doakan keselamatan semua & kejayaan operasi ni.
Semua memberikan sokongan padu.. Daripada Navy SEALs, Penyelamat Pro dari seluruh dunia, orang-orang kampung, penjual kuey teow, tukang urut..Semua berganding bahu!
Kredit : Luke Mahfuz & Mohd Aznam Abdul Rahman (Sumber maklumat, gambar & update)
Sedih wooo.. Harap semua ya slmt