Rawat Cirit-birit, 5 Cara Rawatan Mudah Dilakukan Di Rumah.


Hari ini hari Isnin. Di pejabat kami, tiap-tiap minggu ada kes staff ambil cuti sakit pada hari ini. Alasan yang tipikal, ‘diarrhea’ atau cirit-birit. Ops! rasanya bukan sahaja di pejabat kami, pastinya di tempat anda juga mengalami cerita yang sama. Yang pasti, kita semua pernah mengalami cirit-birit.

Tanda-tanda Cirit Birit.

Simptom utama cirit-birit adalah lebih kerap buang air besar dengan najis lebih lembut atau berair daripada biasa. Juga diikuti dengan simptom lain seperti berikut:

  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam

Berikut adalah 5 cara mudah rawat cirit-birit yang boleh dilakukan di rumah:

1# Banyakkan minum air

Cirit-birit berterusan memberi risiko kepada badan anda untuk mengalami hidrasi. Jika dibiarkan berterusan, ia boleh memudaratkan. Minum sekurang-kurang 8 gelas air masak sehari.

Sebanyak mana anda ‘flush’ keluar air daripada usus besar, cuba gantikan air dan garam yang secukupnya.

2# Makan Halia

Maksud kami bukanlah makan secara terus. Sebab ianya sangat mencabar.

Hiris sedikit halia dan campurkan di dalam teh madu untuk mengeluarkan angin dan membantu proses pencernaan. Atau boleh hiriskan halia dan dimakan bersama nasi putih. Fungsinya seperti pil chi kit teck aun yang selalu membantu mereka yang berulang-alik ke tandas.

Halia terkenal untuk merawat keracunan dan juga membantu menghilangkan sakit perut.

cara mudah rawat cirit-birit
Kredit: findatopdoc.com

3# Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan makanan berpengawet tinggi.

Produk tenusu jika diambil semasa cirit-cirit akan memberi kesan lebih buruk. Begitu juga makanan tinggi serat yang lebih digalakkan diambil untuk mereka yang mengalami masalah sembelit (dua situasi yang berlawanan).

Anda juga boleh minum teh bunga panas/suam yang mengandungi bahan antispamodic. Bahan istimewa ini hanya terkandung di dalam teh bunga (Chamomile ) mampu memberi kelegaan pada masalah gangguan perut termasuk cirit-birit.

4# Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat.

Makanlah nasi putih semasa anda cirit-birit kerana ianya mudah dimakan. Hanya makan nasi putih tanpa lauk pada awal masalah sudah memadai.

Anda juga disarankan makan pisang semasa cirit-birit kerana pisang mengandungi pektin yang tinggi. Ia mengandungi fiber larut air yang membantu anda mengurangkan cirit-birit. Sebiji sehari sudah memadai.

5# Elakkan minumam berkafein dan beralkohol

Kopi atau teh susu mengandungi kafein yang tinggi dan bersifat diuretik. Sifat ini membuatkan tubuh memproses lebih banyak cecair daripada biasa. Namun, kesan ini berbeza kepada setiap individu bergantung kepada faktor sepeti jantina, gaya hidup setiap individu dan sebagainya.

Adakah cirit-birit boleh menyebabkan kematian?

Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian. (sumber: myhealth.gov.my)

Jika cara mudah rawat cirit-birit seperti di atas sudah diamalkan tetapi masalah anda masih berterusan, segera ke klinik atau hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini