Raj’s Banana Leaf Berkubur, RBL Banana Leaf Sebagai Ganti


Mesti ramai yang masih ingat tentang satu video viral yang berlegar di group whatsapp beberapa bulan yang lalu. Video yang menunjukkan beberapa orang pekerja restoran membasuh pinggan mangkuk yang dah digunakan dengan menggunakan air kotor di jalan raya. Anda masih ingat kan?

foto kredit: www.2cents.my

Selepas disiasat oleh pihak berwajib, kejadian itu berlaku di salah sebuah restoran yang agak terkenal di Bangsar iaitu Raj’s Banana Leaf. Selepas itu restoran ini diberi notis penutupan sementara dan penutupan untuk pengubahsuaian.

Hari ini Raj’s Banana Leaf dibuka semula untuk umum dengan menambahkan sedikit sentuhan baru. Lokasinya masih sama cuma namanya diubah. Restoran Raj’s Banana Leaf kini telah dijenamakan semula dengan nama baru, RBL Banana Leaf (RBL).

Menurut laporan berita, RBL Banana Leaf dalam satu kenyataan berkata pembukaan ini dibuat hanya setelah melalui pemeriksaan oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bahagian Makanan dan Keselamatan Kementerian Kesihatan.

RBL memberitahu bahawa semua kakitangan telah menyelesaikan kursus pengendalian makanan yang betul yang dijalankan oleh jurulatih yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Pada bulan Mei tahun yang, Jabatan Kualiti dan Keselamatan Makanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah melawat premis ini untuk melakukan pemeriksaan selepas video tersebut viral di media sosial dan internet.

Sebagai respons, Raj’s Banana Leaf pada masa itu pantas memohon maaf melalui laman Facebook mereka. Alasan yang diberikan adalah masalah itu berpunca daripada pekerja baru.

Mereka mengatakan tindakan tegas telah diambil terhadap anggota kakitangan yang terlibat dan memastikan bahawa perkara itu tidak akan berlaku lagi.

Berikutan dengan itu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan tiga notis kesalahan terhadap restoran tersebut.

Notis-notis tersebut adalah di bawah Akta Makanan 1983 kerana kegagalan mendapatkan suntikan anti-typhoid dan gagal menghadiri latihan untuk pengendali makanan, kegagalan untuk mendaftarkan restoran dengan kementerian dan kegagalan untuk menjaga premis dan menghindari dari haiwan perosak.

Sebelum ini, syarikat milik Raj’s Banana Leaf didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kegagalannya memberikan butiran dua pekerja asingnya kepada Jabatan Tenaga Kerja, Januari lalu.

Majistret Wong Chai Sia memfailkan hukuman itu terhadap Intercompass Sdn Bhd, yang diwakili oleh pengarahnya Muhamad Rizal Abd Rahman, 40, selepas mengaku bersalah terhadap kesalahan itu.

Agak-agak sambutan pengunjung macam dulu lagi tak? Kalau tanya anda.. Adakah anda akan bertandang menikmati nasi daun pisang kat sini lagi?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini