•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selalu makan nasi dengan lauk biasa jer bodan jugak kan? Tapi cari nasi kat luar dengan lauk ‘rare’ mungkin memakan kos juga tu. Jadi keputusan terbaik adalah mencari kelainan dalam hidangan lauk pauk dengn memasaknya sendiri.

Ini ada cadangan resepi yang agak berlainan dengan menu yang biasa anda makan. Sesekali boleh la cuba resepi ni sebagai hidangan yang agak lari daripada menu biasa.

Resepi Butter Chicken Creamy Spicy

Untuk resepi ini ada 2 proses menu yang perlu dibuat. Satunya ialah proses membuat Butter Chicken. Manakala proses kedua adalah untuk membuat Butter Sosnya. Gabungan dua sub menu inilah nanti yang akan menghasilkan satu menu yang sangat lazat.

Proses membuat Butter Chicken

Bahan untuk menu Ayam:

  • Ketulan isi ayam – dipotong dengan potongan kiub sebesar ibu jari
  • Tepung gandum
  • Kunyit
  • Garam

Cara-cara membuat Butter Chicken:

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit
2. Gaulkan pula dengan tepung
3. Goreng sehingga masak

Baca juga  3 Tempat Makan Sedap Di Ipoh 2018

Proses membuat Butter Sos

Bahan Butter Sos

  • 2 sudu besar butter
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan susu cair
  • 4 tangkai cili api
  • 3 sudu besar cooking cream
  • Garam gula secukupnya

Cara-cara membuat Butter Sos:

1. Panaskan kuali dan cairkan butter.

2. Tumis bawang merah , bawang putih , cili dan daun kari sehingga naik bau.

3. Masukkan susu cair dan cooking cream dan biarkan sehingga mendidih dan sedikit memekat.

4. Masukkan ayam dan gaulkan ayam sehingga sebati.

5. Tambah garam dan gula jika perlu.

6. Siap untuk dihidangkan.

Senang jer kan? So, malam ni boleh la anda cuba resepi simple tapi marveles ni.. Selamat mencuba!!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini